Mentor Usahawan Borong No. 1 Malaysia

Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman

Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman dilahirkan di Alor Star pada 21 Jun 1982 di Hospital Besar, Alor Star, Kedah. Bersekolah rendah di Sekolah Rendah Haji Mohamad Shariff dan kemudiannya di Kolej Sultan Abdul Hamid. Selepas dari itu melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.

Memulakan perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 2000. Bermula dengan perniagaan online dan import export secara kecil-kecilan.

Bermula berkecimpung dalam bidang import dengan mengimport barang dari selatan Thai dan kemudianya dari Bangkok dan Vietnam. Setelah dari itu, beliau cuba meneroka untuk memborong dari syurga perniagaan iaitu China.

Pada tahun 2006, beliau merantau ke Eropah seorang diri mencari ilmu dan pengetahuan dan kemudiannya merantau lagi ke New Zealand dan Rusia pada tahun 2007-2008 untuk mencari peluang memasarkan produk.

Setelah pulang semula ke Malaysia, beliau dapati, terdapat keinginan yang tinggi dikalangan orang Melayu-Islam untuk keluar dari Malaysia untuk memborong terus bagi mendapatkan harga yang lebih baik memandangkan keadaan sekarang dimana orang ramai lebih berhati-hati berbelanja. Jadi mendapatkan harga “pemborong direct” adalah lebih baik dan menguntungkan disamping mengekalkan harga yang berpatutan kepada para pelanggan.

Beliau rasakan impak dan dengan kaedah ini ekonomi orang Melayu-Islam akan lebih berkembang dan kurang pengantungan kepada “orang tengah”. Ini disebabkan orang Melayu boleh dikatakan bijak dalam bidang pemasaran tetapi masih kurang keyakinan untuk keluar dari Malaysia meneroka pasaran borong yang jauh lebih murah. Kita berasa selesa bergantung kepada orang tengah yang menjual barang dengan harga yang lebih tinggi sedangkan kita sendiri dapat memborong barangan yang sama dengan harga yang murah hanya dengan sedikit usaha tambahan.

on media

Atas kesedaran ini beliau mengambil inisiatif untuk mencipta satu modul yang khusus untuk orang Melayu-Islam memborong di China. Hasil kerja ini mendapat sokongan yang sangat menggalakkan di kalangan pemborong-pemborong Melayu.

Kini beliau mengendalikan “Kursus Borong China” dan juga menganjurkan “Rombongan Memborong ke China” untuk membuka jalan untuk kita secara bersama dapat memborong terus dari sumber, tidak kira sumber itu dari China, Vietnam, India, Korea atau mana-mana negara lain.

Sehingga kini beliau telah melatih hampir 200 orang pemborong Melayu dan terdapat kira-kira 40 orang pemborong yang boleh dikatakan telah berjaya memborong dari China dengan kuantiti yang banyak. Selebihnya masih merancang dan menunggu masa yang sesuai untuk bergerak serius dalam bidang ini.

Beliau berharap usaha beliau ini mendapat keberkatan Allah dan mendapat sokongan dari saudara-saudara seagama.

Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman
www.ShahabudeenJalil.com

Lain-lain: Artikel DNA Usahawan & Imbasan 10 pencapaian tahun 2011

“Shahabudeen Kreatif Cipta Peluang” – Utusan Malaysia

utusan KBC

PADA usia baru 26 tahun, anak muda kelahiran negeri Jelapang Padi ini sudah bergelar Pengurus dan Pakar Runding Anzac Consultancy, syarikat perintis yang mengendalikan kursus memborong di China secara sistematik dan terperinci.

Malah akui Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman, penglibatan beliau dalam dunia perniagaan berkaitan import eksport produk-produk tertentu menerusi Internet sudah bermula seawal usia 20 tahun lagi atau sebaik tamat pengajian peringkat A Level.

Yang pastinya, pencapaian beliau ini wajar menjadi contoh ikutan generasi muda masa kini kerana beliau telah membuktikan kepada umum bahawa usia bukanlah halangan ke arah kejayaan. Pokok pangkalnya, kena ada keazaman, cita-cita dan kreatif mencipta peluang masa depan.

Melihat kepada perwatakan dan penampilan diri pemuda berkulit hitam manis dan bertubuh tegap ini, tidak hairanlah beliau boleh berjaya.

Apatah lagi, minat dan peluang mengembara ke hampir seluruh dunia menjadikan beliau matang menilai sesuatu perkara, berfikiran terbuka dan berpandangan jauh. Pun begitu, prinsipnya tetap ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri’.

“Pada peringkat permulaan dahulu, saya menjual barangan dari Internet seperti pakaian sukan, produk elektronik, jam tangan yang diperoleh dari beberapa tempat seperti dari Kuala Lumpur, Hat Yai, Bangkok, China, Vietnam dan banyak lagi.

“Namun pada 2003, saya cuba masuk ke pasaran di China menerusi Canton Fair iaitu satu pameran perniagaan yang terbesar di dunia.

“Di situlah, saya bertemu dengan seorang rakan perniagaan dari negara tersebut dan mula buat bisnes dan kemudian menjualnya pula ke pasaran Eropah dan New Zealand,” cerita anak kedua daripada lima adik-beradik ini sebelum berangkat membawa rombongan pertama peserta Kursus Borong China kendalian syarikat beliau pada akhir Jun lalu.

Shahabudeen yang fasih berbahasa Tamil, Melayu, Inggeris, Rusia, Mandarin dan Jerman, tidak menafikan kenyataan bahawa telah ramai usahawan dari Malaysia yang berurus niaga di China. Namun sayangnya, penglibatan usahawan bumiputera Muslim boleh dikatakan tidak ada ataupun amat kecil jumlahnya. Ini diyakininya kerana acap kali mengikuti mana-mana pameran perniagaan, beliau sentiasa dihujani pertanyaan yang sama iaitu bagaimana untuk mendapatkan peluang perniagaan di China.

Lantaran itulah, selepas beberapa bulan kembali dari New Zealand iaitu pada Mei lalu, beliau mendapat cetusan ilham untuk membuat kursus memborong di China secara lebih komprehensif.

Kata Shahabudeen, setiap peserta akan dibekalkan pelbagai maklumat seperti urusan pasport dan visa, tiket penerbangan, penginapan, pemilihan restoran halal, pengangkutan tempatan, lokasi membeli-belah dan memborong, urusan imigresen proses penghantaran barang ke Malaysia.

Di samping itu, mereka juga akan disediakan kursus asas bahasa Mandarin, diberi tunjuk ajar kaedah mencari pembekal melalui laman web, diterangkan berkaitan fenomena wang palsu yang kerap dialami peniaga malah sehingga pendedahan pengunaan tandas terbuka yang sedikit sebanyak menimbulkan kejutan kepada orang Malaysia.

“Alhamdulillah sehingga bengkel yang keempat, sambutan yang diterima begitu memberangsangkan. Sepanjang penganjuran kursus-kursus tersebut, bilangan penyertaan yang diterima adalah antara 10 hingga 22 orang yang terdiri daripada pelbagai status pekerjaan. Hakikatnya, mereka bukan sahaja memperoleh satu peluang baru malah pada masa sama membina rangkaian baru sesama mereka.

“Apa yang saya lakukan ini bukanlah semata-mata kerana mencari keuntungan tetapi jauh di sudut hati, saya bermatlamat untuk mengubah ekonomi umat Islam daripada terus bergantung kepada orang tengah.

“Sebenarnya, urus niaga import eksport ini adalah satu ibadah sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sendiri selain membina masjid. Ini kerana, dengan kekuatan ekonomi maka akan kuat juga ummah itu,” katanya yang boleh dihubungi di talian 017-2517 515 atau dengan melayari laman web www.kursusborongchina.com untuk sebarang pertanyaan.

Sumber: Utusan

hr

 

Mohamed Firdous bin Kamarul Jaman

Dilahirkan di Alor Setar pada 8 Ogos 1990, Firdous yang mempunyai Diploma dalam Perniagaan Teknologi Maklumat dari KPTM merupakan pengasas termuda dalam Anzac Consultancy/KursusBorongChina. Walaupun masih muda, beliau mempunyai pengalaman yang banyak dalam bidang pemborongan dari China, Vietnam dan Brunei.

Melalui pengalaman itu, beliau telah menyumbangkan tenaga dan idea beliau dalam pembangunan dan operasi syarikat Anzac Consultancy. Beliau yang memegang prinsip dan percaya bahawa aliran perniagaan perlu mengikuti perkembangan semasa jika ingin bersaing dengan syarikat-syarikat besar.

“Visi Besar Mohamed Firdous” – Harian Metro

firdous kbc

Sekali imbas, penampilan dan perwatakan anak muda ini dilihat sama seperti remaja lain, tetapi hakikatnya dia layak bergelar usahawan berjaya dengan mengimport barangan serta menganjurkan rombongan kumpulan ahli perniagaan ke China.

Walaupun usianya baru mencecah 20 tahun, Mohamed Firdous Kamarul Jaman mempunyai visi besar untuk meletak harapan
tinggi membina rangkaian perniagaannya sendiri.

Misinya untuk berjaya dalam hidup ditetapkan bagi perancangan 20 tahun akan datang dengan bersandarkan perniagaan
yang mengikut kehendak generasi seusianya yang jika diambil kesempatan dengan baik mampu membuahkan hasil lumayan.

Ketika ini anak muda kelahiran Alor Setar, Kedah itu menjalankan perniagaan kasut jenama antarabangsa, ‘Tefta 5 Finger’ secara on-line, sesuai dengan kehendak pasaran semasa yang menjanjikan urus niaga lebih pantas, mudah dan di mana juga asalkan dilengkapi peralatan berkaitan.

“Bagi saya, aliran perniagaan perlu mengikut perkembangan semasa dan asas itu menjadi pegangan saya, terutama untuk
bersaing dengan syarikat besar yang kukuh di pasaran.

“Walaupun mempunyai perniagaan sendiri, saya masih cuba meraih pengalaman dan membina rangkaian rakan niaga bukan
hanya di dalam Negara tetapi juga luar Negara bagi berkongsi minat serta bertukar pendapat mengenai kaedah pemasaran mengikut tempat masing-masing,” katanya.

Kesempatan menyertai kumpulan usahawan muda dari Asia Tenggara tahun lalu pada program ASEANpreneurs Youth Leader Exchange 2009 (AYLE) di Indonesia adalah kesempatan terbaik kepadanya untuk mendapat idea baru, sekali gus
membuka peluang untuk mengembangkan perniagaannya.

Mohamed Firdous, program anjuran Nationl University Of Singapore (NUS) itu bertujuan mengumpul ‘genius’ usahawan
muda bagi membentuk gandingan remaja dan belia berwawasan dalam perniagaan.

“Kesempatan menghadiri perhimpunan kira-kira 50 usahawan muda dari seluruh Asia Tenggara banyak membuka minda untuk mmengembangkan perniagaan yang ada.

“Segala pembentangan dan idea yang terhasil pada program selama seminggu itu bukan hanya bermanfaat kepda saya, tetapi
boleh disalurkan kepda usahawan muda yang berminat mengembangkan serta memulakan perniagaan di Negara ini,”katanya.

Melaui program berkenaan, peserta didedahkan mengenai penghasilan dan jenis produk, kaedah pemasaran, tenaga kerja dan juga idea baru mengenai perniagaan.

Katanya dengan kepelbagaian corak perniagaan dari Negara setiap peserta yang hadir nyata banyak membantu dan memberii
idea bernas untuk diadaptasiakan kepada perniagaan di Negara ini.

“Saya juga mendapatkan peluang perniagaan daripada produk yang dihasilkan Negara peserta untuk dibawa masuk ke
pasaran Negara ini serta menjalinkan hubungan sebagai rakan kongsi dengan peserta luar bagi memasarkan produk
saya,” katanya.

Sebagai usahawan muda yang memerlukan bimbingan untuk mengembangkan perniagaan nyata beruntung kerana terpilih mewakili Negara pada program berkenaan bersama tiga peserta lain dan seharusnya remaja yang mengusahakan perniagaan sendiri dapat menyertai perhimpunan seperti ini.

Mohamed Firdous berkata, hubungan dengan peserta luar Negara yang menyertai program itu juga tidak terputus begitu sahaja kerana hingga kini masih bertukar pendapat dan masing-masing terus mencetuskan idea baru dalam perniagaan.

Katanya, nyata sekali program berkenaan dapat membentuk kelompok usahawan muda yang berwawasan serta mempunyai misi besar untuk menjadi ahli perniagaan yang disegani.

“Bagi sya, usaha ASEANpreneurs Youth Leader Exchange untuk membuka peluang remaja dan belia maju dalam perniagaan yang sangat berkesan,” katanya.

Berdasarkan maklumat terkini, untuk ASEANpreneurs Youth Leader Exchange 2010 mungkin Malaysia pula menjadi tuan rumah
tetapi masih belum disahkan oleh NUS.

“Jika menjadi kenyataan, seharusnya usahawan muda dapat menyertai program ini kerana banyak pendedahan dan pengalaman
terbaik dapat diraih,” katanya.

hr

Mengenai Anzac Consultancy

Anzac Consultancy di tubuhkan pada tahun 2002 dan berpusat di Kuala Lumpur adalah sebuah syarikat konsultan yang mengendalikan perniagaan mengimport dari China ke Malaysia. Ia di asaskan oleh Shahabudeen Jalil dengan model utama, import dan eksport.

Anzac Consultancy memberi khidmat dan nasihat kepada usahawan yang berminat dalam perniagaan import dari China. Dengan pengalaman luas dalam bidang borong di China, Anzac Consultancy telah menganjurkan beberapa Kursus berkaitan dengan pemborongan dari China yang mendapat sambutan menggalakkan dari usahawan-usahawan di Malaysia.

Selain itu, Anzac Consultancy juga memberi didikan serta bimbingan dalam perniagaan kepada usahawan samada yang baru atau yang lama dalam bidang perniagaan. Antara program yang mendapat banyak perhatian adalah Kursus Borong China.

Program ini telah mendapat banyak sokongan dari pelbagai pihak. Malah, salah seorang ahli korporat terkemuka, Datuk Mukhriz Mahathir sendiri pernah turun padang untuk memberi sokongan serta galakan kepada Anzac Consultancy dalam meneruskan program ini.

Anzac Consultancy mempunyai pengalaman yang luas dalam melakukan import dan eksport barangan luar negara. Antara produk yang sedang di pasarkan ialah seperti Pen Quran Digital. Mereka juga menawarkan peluang kepada usahawan untuk menjadi pengedar kepada barangan yang di import. Mereka sendiri juga membuka sebuah kedai di Ampang Axis Atrium yang menawarkan pelbagai barangan harian.

Anzac Consultancy juga melakukan logistic dan penghantaran iaitu dengan mengimport barangan dari China ke Malaysia. Logistik dan penghantaran ini telah banyak membantu usahawan – usahawan mempermudahkan proses mengimport barangan dari luar negara. Secara tidak langsung juga menambahkan produktiviti usahawan.

Anzac Consultancy amat berbangga dengan sokongan dari rakan-rakan perniagaan serta pelanggan-pelanggan yang setia dengan mereka. Harapan mereka semoga segala yang mereka curahkan dapat memberi manfaat kepada usahawan – usahawan dalam membangunkan ekonomi serta meningkatkan taraf hidup.