|
Saya, Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman
dilahirkan di Alor Star pada 21 Jun 1982 di Hospital Besar,
Alor Star, Kedah. Bersekolah rendah di Sekolah Rendah Haji
Mohamad Shariff dan kemudiannya di Kolej Sultan Abdul Hamid.
Selepas dari itu melanjutkan pelajaran di PPP, UiTM Shah Alam.
Memulakan
perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 2000. Bermula dengan
perniagaan online dan import export secara kecil-kecilan.
Bermula berkecimpung dalam bidang import dengan mengimport barang dari selatan Thai dan kemudianya dari Bangkok dan Vietnam. Setelah dari itu, saya cuba meneroka untuk memborong dari syurga perniagaan iaitu China.
Pada tahun 2006, saya merantau ke Eropah seorang diri mencari ilmu dan pengetahuan dan kemudiannya merantau lagi ke New Zealand dan Rusia pada tahun 2007-2008 untuk mencari peluang memasarkan produk.
Setelah pulang semula ke Malaysia, saya
dapati, terdapat keinginan yang tinggi dikalangan orang Melayu-Islam
untuk keluar dari Malaysia untuk memborong terus bagi mendapatkan
harga yang lebih baik memandangkan keadaan sekarang dimana
orang ramai lebih berhati-hati berbelanja. Jadi mendapatkan
harga "pemborong direct" adalah lebih baik dan menguntungkan
disamping mengekalkan harga yang berpatutan kepada para pelanggan.
Saya rasakan impak dan dengan kaedah ini
ekonomi orang Melayu-Islam akan lebih berkembang dan kurang
pengantungan kepada "orang tengah". Ini disebabkan
orang Melayu boleh dikatakan bijak dalam bidang pemasaran
tetapi masih kurang keyakinan untuk keluar dari Malaysia meneroka
pasaran borong yang jauh lebih murah. Kita berasa selesa bergantung
kepada orang tengah yang menjual barang dengan harga yang
lebih tinggi sedangkan kita sendiri dapat memborong barangan
yang sama dengan harga yang murah hanya dengan sedikit usaha
tambahan.
Atas kesedaran ini saya mengambil inisiatif untuk mencipta satu modul yang khusus untuk orang Melayu-Islam memborong di China. Hasil kerja ini mendapat sokongan yang sangat menggalakan di kalangan pemborong-pemborong Melayu.
Kini saya mengendalikan “Kursus Memborong
di China” dan juga menganjurkan “Rombongan Memborong
ke China” untuk membuka jalan untuk kita secara bersama
dapat memborong terus dari sumber, tidak kira sumber itu
dari China, Vietnam, India, Korea atau mana-mana negara
lain.
Sehingga kini saya telah melatih hampir
200 orang pemborong Melayu dan terdapat kira-kira 40
orang pemborong yang boleh dikatakan telah berjaya memborong
dari China dengan kuantiti yang banyak. Selebihnya masih merancang
dan menunggu masa yang sesuai untuk bergerak serius dalam
bidang ini.
Saya berharap usaha saya ini mendapat keberkatan
Allah dan mendapat sokongan dari saudara-saudara seagama saya.
Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman
www.shahabudeenjalil.com
Kuala Lumpur
12 Ogos 2008
|