Soalan-soalan Lazim

Memulakan Langkah Pertama Bisnes Borong di China

Berapakah Modal yang diperlukan ?

Modal buat permulaan kami nasihatkan hanya sekitar RM 3000-5000 sahaja. Sebagai usahawan baru, anda seharusnya bermula kecil. Jangan termakan dengan dakyah sesetengah syarikat yang meminta anda melaburkan wang yang banyak buat permulaan.

Bagaimana saya tahu pemborongan di China ini sesuai untuk saya ?

Pemborongan adalah sesuai buat anda jika anda seorang yang berminat memulakan perniagaan dengan modal sedia-ada kira-kira RM 5000.

Kursus Memborong di China

Kursus bermula dan berakhir pukul berapa ?

Pendaftaran bermula seawal pukul 9.00 pagi dan kursus berakhir selewat-lewatnya pada pukul 6.00 petang

Apa yang disediakan sewaktu kursus ?

Modul Memborong di China dan Vietnam, Modul Bagaimana Membuka Kedai Online serta Direktori Pemborong di China. Sebagai bonus kami juga akan memberikan anda DVD Teknik Membuat Jualan Yang Efektif dan DVD Teknik Membuka Kedai Online di Lot.my

Kenapa kursus nie mahal berbanding syarikat lain ?

Harga kursus kami tidak mahal sebenarnya berbanding syarikat lain. Kami tidak hanya memberikan anda Kursus Memborong ke China, kami juga menyediakan anda dengan pakej lengkap tentang teknik menjual barangan secara efektif serta kaedah pembukaan kedai online.

Yang mana lebih baik, Kursus Combo 3-in-1 atau Kursus Memborong di China ?

Cuba anda fikirkan, sebagai seorang pemborong, anda tidak semestinya mahu memborong dari China, Vietnam dan Indonesia dalam masa yang sama. Anda perlu fokus kepada satu negara pada satu masa. Yang lebih penting adalah samada anda berjaya menjual barangan yang anda borong. Ini adalah perkara yang akan menentukan untung rugi perniagaan anda.

Adakah cukup sekadar saya membeli ebook “Panduan Memborong di China” yang berharga RM 80 ?

Kami sudah pun membeli ebook ini untuk tujuan kajian. Namun ternyata penulis ebook ini adalah orang yang terkenal dalam menjual ebook sahaja dan bukan dalam tujuan memborong dari China. Nasihat-nasihat yang diberikan dalam buku tersebut adalah umum dan tidak akan memberikan apa-apa kelebihan kepada anda selain daripada yang anda sudah tahu.

Selain itu terdapat video yang disertakan yang mengajarkan mengenai cara menggunakan website Alibaba.com dan China Vasion.com. Ini juga video yang saya kira tidak perlu kerana harga barangan untuk memborong di Internet adalah mahal berbanding dengan pemborongan secara langsung.

Siapa Penceramah Kursus Memborong di China ?

Penceramah kami adalah En. Shahabudeen Jalil yang sangat berpengalaman dalam bidang pemborongan. Kami tidak pernah meletakkan orang lain sebagai penceramah kerana kami mahukan anda mendapat yang terbaik daripada Kursus Memborong di China anjuran kami.

Rombongan Memborong ke China

Ada tak penerangan waktu rombongan ?

Rombongan yang kami sediakan adalah rombongan sambil belajar. Anda akan diberi penerangan sepanjang perjalanan. Penerangan ini termasuk nasihat-nasihat dan tips-tips penting mengenai pemborongan serta perkara-perkara yang anda perlu memberi perhatian serius.

Bolehkah saya mengikuti Trip Memborong tanpa mengikuti Kursus Borong China ?

Ya, Kursus ini tidak wajib. Namun kami nasihatkan setiap peserta mengikut kursus terlebih dahulu. Ini adalah disebabkan ramai yang tidak mengikuti kursus akan membuat banyak kesalahan di China nanti sewaktu memborong yang akan menyebabkan mereka kehilangan duit yang jauh lebih banyak daripada harga kursus.

Berapa berat KG yang dibenarkan ?

Berat yang dibekalkan kepada anda sewaktu ke China adalah 15kg sahaja. Sewaktu balik juga 15kg namun kami menawarkan untuk anda menaikkan sehingga maksimum 30kg

Boleh tak saya bawa bayi saya bersama ?

Boleh, bayi perlu ada bersama ibubapa sepanjang rombongan dan tinggal sebilik dengan ibubapa. Namun kami tidak begitu menggalakan anda membawa bayi kerana keadaan agak sesak dan berhabuk di China.

Bagaimana susunan peserta mengikut bilik ? Berapa orang dalam satu bilik ?

Susunan bilik hotel adalah 2 orang bagi satu bilik. Satu katil single akan disediakan bagi setiap orang dan satu katil queen size akan disediakan kepada pasangan yang telah berkahwin.

Hotel berapa bintang yang akan didiami ?

Hotel yang dipilih kami adalah hotel 3 bintang yang selamat, bersih, strategik dan berdekatan dengan kedai makanan halal.

Siapakah yang akan mengiringi rombongan ?

Rombongan akan diketuai oleh En. Mohamed Firdous dan akan dibantu oleh beberapa orang staff kami yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan rakyat tempatan di China.

Penghantaran Balik Barangan

Berapa lama barangan mengambil masa untuk sampai ke Malaysia ?

Masa perjalanan barangan anda melalui laut adalah sekitar 2-3 minggu daripada China ke pintu rumah anda di Malaysia.

Berapakah kos penghantaran melalui laut ?

Kos penghataran melalui laut adalah mengikut nilai isipadu barangan anda.  Untuk tujuan anggaran, nilainya sekitar RM 1.00 sahaja untuk sehelai baju dari China sehingga ke pintu rumah anda di Malaysia.

Pembayaran

1. Apakah method pembayaran yang diterima oleh kami ?

Kami menerima pembayaran melalui semua jenis kredit kad, bank transfer ke akaun Maybank kami serta Paypal.

2. Berapakah bayaran deposit kursus ?

Deposit kursus adalah RM 100 untuk seorang dan pembayaran penuh perlu dilakukan sewaktu hari pendaftaran kursus.

3. Adakah deposit kursus ini akan dipulangkan sekiranya saya tidak dapat menghadirkan diri sewaktu hari kursus

Deposit kursus akan dibawa ke kursus seterusnya jika anda tidak dapat menghadirkan diri sewaktu hari kursus dan memberitahu kami 3 hari lebih awal.

4. Berapakah bayaran deposit rombongan ?

Deposit rombongan adalah RM 1000 untuk seorang dan pembayaran penuh perlu dilakukan seminggu sebelum bertolak ke China.

Adakah peserta rombongan akan dibawa melawat tempat-tempat bersejarah

Ya ada, kami akan membawa anda melawat 2 buah masjid bersejarah di Guangzhou.

Soalan-soalan lain

Bagaimana mendapatkan makanan halal di China ?

Makanan halal mudah didapati jika anda tahu mengenalpasti kedai makanan halal di China. Kami akan memberikan anda direktori kedai makanan halal di China serta sewaktu rombongan nanti, kami akan membawa anda ke sana serta memberikan tips-tips mengenalpasti restoran makanan halal ini.

Bagaimana nak berbahasa di China ?

Secara asas di tempat-tempat pemborongan, kebanyakkan peniaga-peniaga boleh berbahasa Inggeris yang mudah. Jadi anda boleh berurusan dengan mereka serta melakukan tawar-menawar. Namun dari segi kualiti anda perlu memastikannya sendiri tanpa bertanya mereka.

Bagaimana sekiranya saya kehilangan passport di China ?

Kami akan membantu pihak tuan untuk membuat passport baru dari Kedutaan Malaysia di Guangzhou dengan percuma. Kami tidak mungkin akan mengambil kesempatan sewaktu anda dalam kesulitan.

Kerjasama

Bagaimana jika kami berminat untuk menjalin kerjasama dengan pihak Anzac Consultancy ?

Anda boleh menghantar email kepada kami di sj@sj.my dengan cadangan kerjasama anda. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak dan kami juga terbuka dengan sebarang cadangan.

Bagaimana jika kami berminat untuk membuat liputan ?

Kami sangat mengalu-alukan. Sila hubungi kami di talian 017-2517515 atau email kami di sj@sj.my