Media

Berikut adalah keratan akhbar Utusan Malaysia 28hb Februari 2013 mengenai Kursus Borong China yang kami anjurkan.

Import Dari China

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Belajar borong secara langsung

Kurus dikendalikan sendiri oleh Pengarah Anzac Consultancy, Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman.

Bukan mudah menjadi usahawan atau ahli perniagaan sekiranya tidak berbekalkan ilmu dan pengetahuan mengenai cara-cara membeli barangan dalam bentuk pukal untuk perniagaan khususnya dari China yang sememangnya terkenal sebagai pusat borong dunia.

Hanya pengalaman yang benar-benar dirasai oleh mereka yang pernah membeli-belah di negara itu dalam bentuk pukal dapat memberikan pengetahuan yang sepadan dalam bidang berkenaan.

Begitu yang dirasakan oleh beberapa peserta Kursus Memborong ke China anjuran Anzac Consultancy dengan kerjasama Mega-Utusan Malaysia yang mendapat pelbagai manfaat daripada kursus berkenaan.

Salah seorang usahawan, Muhamad Fadhli Mahmud sedar untuk maju dalam perniagaan seseorang perlukan ilmu dan berkongsi pengalaman dengan usahawan lain yang telah berjaya.

“Saya bersyukur dapat belajar ilmu berharga ini dalam kursus dan rombongan borong ke China lebih awal.

“Ini kerana saya pernah terfikir untuk menangguhkan hasrat tersebut kerana masalah sukar untuk memperuntukan masa dan berasa masih kekurangan modal,” kata pengusaha kedai online ini.

Beliau merupakan salah seorang usahawan yang telah berjaya diasuh oleh Anzac Consultancy melalui program memborong barangan secara terus dari sumber di China dan menjualnya secara online di Internet.

Menurut Muhamad Fadhli, beliau mendapat cetusan idea ini apabila melayari Internet beberapa tahun lepas dan akhirnya terjumpa sebuah syarikat tempatan kendalian Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman yang menganjurkan kursus dan rombongan ke China.

Beliau mengambil masa kira-kira dua tahun untuk mengambil keputusan serta mengumpul modal sebelum melangkah dengan menyertai Kursus Borong China ini.

Setelah mempelajari secara teori dalam kursus ini mengenai kaedah pemborongan, bandar pemborongan yang penting serta kaedah tawar-menawar dan kaedah menghantar barangan melalui laut, beliau tidak berfikir panjang lagi untuk menyertai rombongan praktikal pula.

Muhamad Fadhli mengakui, rombongan memborong ke China ini memberi pendedahan yang sangat mendalam mengenai perniagaan pemborongan.

Beliau juga berpeluang untuk bertemu dan berkenalan dengan ramai usahawan lain yang mempunyai objektif sama untuk membangunkan perniagaan masing-masing.

“Selepas berkenalan dengan usahawan-usahawan lain dari seluruh negara, saya menyedari bahawa banyak lagi yang saya perlu pelajari.

“Saya sangat menggalakkan mereka yang baru ingin memulakan perniagaan untuk mengikuti kursus dan rombongan ini, ia sangat berkesan dan menjadikan saya lebih cekal untuk kekal dalam perniagaan,” tambah Muhamad Fadhli.

Selepas tamat latihan empat hari empat malam di China, beliau kini sudah boleh mengimport apa saja dari China untuk dijual di Malaysia.

“Kini saya menyesal mengambil masa yang lama untuk menyertai program keemasan ini. Namun saya juga bersyukur kerana saya tidak mengambil masa lebih lama.

“Saranan saya kepada usahawan di luar sana, keputusan menyertai program seperti ini perlu disegerakan dan tidak seharusnya ditangguhkan.” tambah beliau lagi.

Kepada usahawan yang berminat mengikuti kursus dan rombongan usahawan memborong ke China ini, silalah berhubung dengan Anzac Consultancy di talian 012 406 7515 (Nurul) 017 2517515 ( Radzman).
Sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130228/ke_02/Belajar-borong-secara-langsung#ixzz2MkTbkDy6

 

{ 0 comments }

Peluang Terhidang di China

Peluang terhidang di China

DI MANA ada gula, di situ ada semut. Perumpamaan ini sangat tepat dengan status negara China hari ini yang seakan menjadi gula, membuatkan semua usahawan di seluruh dunia bertumpu ke sana.

China adalah negara yang menjanjikan seribu peluang keemasan kepada golongan usahawan yang sudah tentu tidak mahu ketinggalan dan melepaskan meluang meneroka pasaran termurah dan terbesar di dunia ini.

Namun negara ini juga penuh dengan cabaran dan tipu daya.

Ramai usahawan jatuh tersungkur kerana hanya menyasarkan kepada peluang tanpa mengambil-kira perangkap yang menanti.

Berniaga di China

Memulakan urusan perniagaan di China memerlukan seseorang usahawan itu sentiasa berjaga-jaga dalam menjalankan setiap urusan.

Bermula kecil-kecilan dan belajar daripada orang yang lebih berpengalaman adalah satu-satunya solusi menghadapi masalah ini.

Menyedari ramai usahawan yang membazirkan masa, wang dan tenaga dengan kegagalan di China, Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman dari Anzac Consultancy tampil dengan satu modul bagi usahawan tempatan Melayu mengharungi cabaran di negara tembok besar itu.

Bersama adiknya, Mohamed Firdous, mereka mula meneroka pasaran China sejak 10 tahun yang lepas dan mempunyai banyak pengalaman jatuh bangun di sana.

Pengalaman inilah yang dikongsi dalam Kursus Memborong ke China yang mereka anjurkan sejak 2007.

Kursus ini mengajar dan melatih usahawan mengenai peluang, harapan dan cabaran yang bakal ditempuhi oleh usahawan sepanjang di sana nanti.

“Sebagai usahawan, kita tidak akan berjaya jika tamak mengambil peluang yang ada. Sebaliknya kita perlu kemahiran untuk memilih peluang yang sesuai untuk dimanfaatkan,” katanya.

Menurut Shahabudeen, di China memang banyak peluang terhidang untuk mereka yang ingin mengambilnya.

Justeru katanya, dalam kursus ini peserta akan diajar mengenai bagaimana merebut peluang di China yang sesuai dengan diri seseorang.

“Kursus komprehensif ini juga mengajar usahawan bagaimana untuk menghadapi dan menyelesaikan cabaran yang bakal mereka hadapi di sana.

“Dari segi budaya kerja yang berbeza sehinggalah skim-skim penipuan yang memang mensasarkan orang asing,” katanya..

Katanya, walaupun kursus ini diukir untuk usahawan, ia juga disertai oleh pelbagai golongan masyarakat yang ingin membuat pendapatan sampingan atau bersedia untuk kehidupan selepas persaraan nanti.

Sumber : Utusan Malaysia

{ 0 comments }

{ 1 comment }

Part 1

Part 2

Part 3

Part 4

{ 0 comments }