Salam,
Pertama sekali saya dan ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua orang berbangsa Cina dan seluruh rakyat Malaysia.
Moga kita terus meneroka pasaran China.
Dibawah adalah hadiah saya untuk anda
Shahabudeen Jalil
{ 0 comments }
Salam,
Pertama sekali saya dan ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua orang berbangsa Cina dan seluruh rakyat Malaysia.
Moga kita terus meneroka pasaran China.
Dibawah adalah hadiah saya untuk anda
Shahabudeen Jalil
{ 0 comments }
Ini adalah testimoni daripada Ustaz Amin seorang personaliti TV 9 dan TV 3 yang sering berada dalam program seperti Al-Kuliyyah, Al-Hidayah, Usrah, Tanyalah Ustaz dan Motivasi Pagi
{ 1 comment }
Berikut adalah review tentang blog ini dan Kursus Memborong ke China dari seorang lagi Blogger Lin Azlina.
Shahabudeen Jalil Usahawan dan Saudagar Dagang China
Terima kasih Lin Azlina
Shahabudeen Jalil
{ 0 comments }
Sewaktu saya memulakan Kursus Memborong ke China pada tahun 2007, belum ada sesiapa yang memulakannya. Kira-kira setahun saya tidak mempunyai sebarang pesaing. Ramai peniaga-peniaga berbangsa Cina yang turut turut serta dalam kursus dan rombongan ini.
Ramai pula peniaga Cina yang sudah lama dalam perniagaan yang marah dan tidak berpuashati kononnya dengan saya buka peluang sebegini perniagaan mereka akan hancur. Jawapan saya pada mereka adalah mudah, jika bukan saya, pasti ada seseorang akan memulakannya. Namun ugutan dan kaedah menakut-nakutkan ini hanya membuatkan saya lebih cekal untuk meneruskan usaha. Setakat ini alhamdulillah sudah beribu orang menyertai kursus dan rombongan memborong ke China.
Ada antara pelajar saya yang mengambil jalan mudah dengan mengadakan pula kursus mereka sendiri menggunakan modul saya. Bagi mereka, ini kaedah mudah untuk mereka buat duit dengan hanya sekali pergi ke China. Namun tidak ramai antara mereka yang mampu bertahan lama.
Ada pula pelanggan yang menghubungi saya mendakwa mereka ditipu oleh penganjur kursus yang menjual nama saya. Saya terpaksa nyatakan hanya kursus yang ditawarkan oleh saya dalam website saya adalah daripada saya. Selain itu, saya tidak bertanggungjawab.
Dalam artikel ini saya inginbercerita mengenai tips survival yang kononnya membantu usahawan mengenali China dengan lebih mendalam.
{ 1 comment }
DI MANA ada gula, di situ ada semut. Perumpamaan ini sangat tepat dengan status negara China hari ini yang seakan menjadi gula, membuatkan semua usahawan di seluruh dunia bertumpu ke sana.
China adalah negara yang menjanjikan seribu peluang keemasan kepada golongan usahawan yang sudah tentu tidak mahu ketinggalan dan melepaskan meluang meneroka pasaran termurah dan terbesar di dunia ini.
Namun negara ini juga penuh dengan cabaran dan tipu daya.
Ramai usahawan jatuh tersungkur kerana hanya menyasarkan kepada peluang tanpa mengambil-kira perangkap yang menanti.
Berniaga di China
Memulakan urusan perniagaan di China memerlukan seseorang usahawan itu sentiasa berjaga-jaga dalam menjalankan setiap urusan.
Bermula kecil-kecilan dan belajar daripada orang yang lebih berpengalaman adalah satu-satunya solusi menghadapi masalah ini.
Menyedari ramai usahawan yang membazirkan masa, wang dan tenaga dengan kegagalan di China, Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman dari Anzac Consultancy tampil dengan satu modul bagi usahawan tempatan Melayu mengharungi cabaran di negara tembok besar itu.
Bersama adiknya, Mohamed Firdous, mereka mula meneroka pasaran China sejak 10 tahun yang lepas dan mempunyai banyak pengalaman jatuh bangun di sana.
Pengalaman inilah yang dikongsi dalam Kursus Memborong ke China yang mereka anjurkan sejak 2007.
Kursus ini mengajar dan melatih usahawan mengenai peluang, harapan dan cabaran yang bakal ditempuhi oleh usahawan sepanjang di sana nanti.
“Sebagai usahawan, kita tidak akan berjaya jika tamak mengambil peluang yang ada. Sebaliknya kita perlu kemahiran untuk memilih peluang yang sesuai untuk dimanfaatkan,” katanya.
Menurut Shahabudeen, di China memang banyak peluang terhidang untuk mereka yang ingin mengambilnya.
Justeru katanya, dalam kursus ini peserta akan diajar mengenai bagaimana merebut peluang di China yang sesuai dengan diri seseorang.
“Kursus komprehensif ini juga mengajar usahawan bagaimana untuk menghadapi dan menyelesaikan cabaran yang bakal mereka hadapi di sana.
“Dari segi budaya kerja yang berbeza sehinggalah skim-skim penipuan yang memang mensasarkan orang asing,” katanya..
Katanya, walaupun kursus ini diukir untuk usahawan, ia juga disertai oleh pelbagai golongan masyarakat yang ingin membuat pendapatan sampingan atau bersedia untuk kehidupan selepas persaraan nanti.
Sumber : Utusan Malaysia
{ 0 comments }
Untuk menjawab persoalan ini, terdapat satu berita baik dan satu berita buruk. Saya mulakan dulu dengan berita buruk dahulu dan kemudian saya akan susuli dengan berita baik bagi anda peniaga kecil yang ingin memborong daripada China.
Berita buruknya adalah – soalan ini boleh dikatakan sebagai soalan yang tidak relevan kerana modal adalah bergantung kepada produk yang anda jual. Jika anda usahawan yang menjual mesin jahit, mungkin modal sebanyak RM 5000 kurang mencukupi untuk anda mula memborong. Jika anda adalah penjual kerongsang, amount sebanyak itu boleh dikatakan banyak untuk permulaan.
Jadi persoalan modal adalah berkait rapat dengan barangan yang anda ingin jual dan ada barangan yang memerlukan modal yang rendah dan ada pula barangan yang memerlukan modal yang tinggi.
Namun saya ada berita baik juga bagi anda di sini, berita baiknya adalah saya memahami soalan anda dan saya tahu apa yang anda maksudkan dan saya tahu penyelesaian kepada masalah anda ini.
Pertama sekali, anda baru ingin memulakan perniagaan kecil dan anda belum tahu apa produk yang sepatutnya anda beli. Sebab itulah anda tidak tahu berapa modal yang diperlukan.
Yang kedua pula, anda tidak tahu berapa minimum order quantity(MOQ) barangan daripada pemborong di China
Untuk menyelesaikan dua masalah ini, anda perlu ikuti langkah di bawah untuk mengetahui samada anda mempunyai modal yang cukup atau tidak untuk memulakan untuk memborong dari negara China.
1. Buat Kajian Pasaran
Kajian pasaran adalah sesuatu yang anda perlu lakukan sebelum anda ke China dan selepas itu perlu dilakukan sepanjang masa sepanjang anda berada dalam perniagaan. Anda tidak dapat lari daripada tanggunjawab untuk menjalankan kajian pasaran terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli apa-apa barangan.
Tanpa kajian pasaran yang baik, anda mungkin akan membuat kesalahan yang boleh mengakibatkan anda menjadi rugi. Anda bukan membeli untuk anda gunakan untuk diri anda seperti anda membeli sabun dan shampoo. Anda membeli untuk menjual barangan ini semula di pasaran.
Jika anda membuat kesalahan di sini, barangan ini tidak mungkin anda dapat gunakan sepanjang hidup anda. Contohnya jika anda tersilap memborong 50 helai baju, adakah anda ingin memakai baju ini sepanjang hidup anda ? Akhirnya barangan ini akan diberi percuma kepada orang lain atau dibiarkan begitu saja.
Jadi kajian pasaran adalah sesuatu yang wajib. Kami akan menerangkan mengenai kajian pasaran ini dengan terperinci dalam Kursus Memborong ke China yang kami adakan dari masa ke semasa.
2. Rombongan Memborong ke China
Jika kursus adalah untuk anda memahami secara teori tentang ilmu memborong ke China dan apa yang perlu anda lakukan sebelum memulakan langkah memborong ke China. Rombongan pula adalah latihan praktikal.
Dalam rombongan ini nanti, kami akan terangkan sekali lagi secara terperinci tentang apa yang perlu anda lakukan apabila berhadapan dengan pasaran di sana. Anda juga akan berpeluang untuk berinteraksi dengan kami dan bertanya nasihat mengenai produk yang anda pilih.
Konsultansi percuma yang kami tawarkan untuk peserta rombongan ini bernilai ribuan Ringgit.
Kami akan bertanya anda soalan-soalan berkenaan kaedah pemasaran, potensi produk, margin keuntungan, perancangan jangka panjang dan pelbagai lagi soalan lain yang memerlukan anda untuk menilai pelbagai aspek sebelum membuat keputusan untuk membeli barangan tersebut secara borong.
Namun anda tidak perlu risau, kami bukan saja bertanya, kami juga akan menasihati dan memberi panduan kepada anda mengenai produk yang anda bakal pilih ini. Kami boleh menasihati anda kerana kami sudah berhadapan dengan persoalan yang sama selama 10 tahun daripada lebih 7000 usahawan yang telah kami bantu selama ini.
Kami tidak hanya memberikan anda ikan untuk anda makan untuk sehari sahaja, Kami akan ajarkan anda kaedah untuk menangkap ikan untuk anda gunakan sepanjang hidup anda selagimana anda dalam mana-mana perniagaan dalam rombongan ini nanti.
3. Brapa Minimum Order Quantity (MOQ) sesuatu produk ?
Berkenaan dengan MOQ pula, memang jika anda menghubungi pembekal di China mereka akan meletakkan syarat MOQ yang tinggi. Dengan MOQ yang tinggi sudah tentu anda memerlukan modal yang tinggi. Kami nasihatkan jangan sekali-kali membeli dengan kuantiti yang banyak buat kali yang pertama.
Kami mempunyai pengalaman melihat peniaga yang mengambil kuantiti yang banyak tanpa melakukan kajian pasaran yang betul yang akhirnya menyebabkan perniagaannya jatuh terduduk. Cuba anda bayangkan anda membeli kasut dari jenis A dalam kuantiti yang banyak dan apabila anda bawa balik barangan ini, anda lihat pesaing anda menawarkan kasut yang sama dengan harga yang lebih rendah atau kualiti yang lebih tinggi. Kasut anda mungkin tidak mempunyai permintaan lagi. Pada waktu itu anda terpaksa jual dengan menanggung kerugian yang tinggi.
Nasihat saya di sini, beli dengan kuantiti yang rendah dan kami akan ajarkan bagaimana untuk mendapatkan harga yang murah seperti anda membeli dengan kuantiti yang banyak.
A. Syarat Kuantiti Yang Tinggi
Jika syarat yang diletakkan oleh pembekal adalah sesuatu kuantiti yang tinggi. Anda tidak perlu risau. Walaupun kuantiti anda rendah, kami masih boleh membelinya kerana kami kenal kebanyakkan pembekal-pembekal utama di China. Perlu juga difahami, tidak hanya ada sebuah syarikat di China yang membekalkan sesuatu produk. Malah terdapat beribu pembekal lain yang membekalkan produk yang sama di pasaran China yang besar dan kompetetif itu. (Tentu anda tahu China mempunyai 43 kali ganda lebih penduduk berbanding kita di Malaysia)
Pembekal-pembekal ini tidak akan mengambil risiko dengan mengabaikan permintaan kami kerana kami adalah syarikat paling lama dan paling ramai membawa usahawan untuk memborong ke China dari Malaysia, Brunei dan Indonesia.
B. Pembelian Berkumpulan
Kami boleh menawarkan anda membuat pembelian berkumpulan. Selain menganjurkan Kursus Memborong ke China dan Rombongan Memborong ke China, kami juga menawarkan servis perkhidmatan pembelian barangan dari China.
Melalui perkhidmatan ini kami mendapat tempahan pelbagai jenis barangan dari agensi kerajaan, koperasi, syarikat swasta dan usahawan untuk menjadi wakil pembelian mereka di China. Oleh itu kami mampu menyelitkan pesanan kecil anda bersama-sama pesanan-pesanan lain yang kami terima. Jadi anda akan mendapat harga murah seperti membeli terus dari kilang. Anda dapat harga lebih murah walaupun membeli dengan kuantiti yang kecil.
C. Kilang Bukan Tempat Terbaik Untuk Bermula Memborong
Kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan dari Malaysia ialah mereka cuba untuk memberi terus dari kilang pada kali yang pertama. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, pembelian di kilang memerlukan anda untuk membeli dalam kuantiti yang banyak. Ini akan mengakibatkan anda terdedah kepada risiko yang tidak perlu sebagai usahawan kecil.
Anda sebenarnya boleh bermula dengan membeli dalam kuantiti yang kecil dan jenis yang pelbagai. Maksudnya, jika anda ingin beli t-shirt, anda boleh beli 50 jenis t-shirt dengan 3 helai bagi setiap jenis. Dengan strategi seperti ini anda tentu akan lebih selamat kerana risiko melakukan kesalahan telah terbahagi kepada 50 jenis t-shirt. Jika separuh laku dan separuh tidak, anda masih lagi berada dalam zon selesa. Namun jika anda membeli satu jenis t-shirt dengan kuantiti 150 helai, risiko anda sangat tinggi jika barangan ini tidak laku.
Anda tidak semestinya membeli dari kilang semata-mata, anda mempunyai opsyen untuk membeli dahulu dari pasar-pasar borong yang ada. Harga di pasaran borong ini tinggi sedikit berbanding membeli dari kilang, namun anda boleh membeli dalam kuantiti yang kecil. Ini sekaligus akan mengurangkan risiko pembelian anda. Anda bebas untuk membeli dari kilang jika anda sudahpun mempunyai kuantiti yang mencukupi oleh kilang. Dan yang lebih penting, anda sudah mengetahui bahawa barangan yang ingin ditempah akan laris di pasaran Malaysia.
Kesimpulan yang dapat kita buat di sini, walaupun anda sudah lama dalam perniagaan, anda masih perlu memulakan dengan langkah bayi untuk bermula memborong dari tempat asing seperti China. Terdapat cabaran, ringtangan yang anda bakal hadapi. Namun setelah anda menyelesaikan semua ini dengan kami yang akan membantu anda, anda akan berterima kasih kerana anda sudah berada di lubuk emas untuk menjalankan perniagaan.
Saya juga ingin sarankan anda membaca mengenai Prinsip Pareto yang telah saya huraikan dalam 2 bahagian untuk anda fahami lebih lanjut apa yang saya maksudkan dalam artikel ini
Prinsip Pareto Dalam Perniagaan Anda (Bahagian 1)
Prinsip Pareto Untuk Menjimatkan Masa dan Menjadi Lebih Produktif (Bahagian 2)
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil
{ 5 comments }
Sepanjang 5 tahun saya membawa usahawan ke negara China untuk memborong, antara produk yang paling menghairahkan bagi wanita adalah kain pasang atau kain ela. Malah pemborong-pemborong di China sendiri sudah mengetahui hal ini.
Kain-kain ela ini akan dibeli untuk dibuat baju kurung, baju kebaya dan blouse.
Menurut usahawan yang membeli kain ela di sini, mereka dapati harga yang ditawarkan di sini adalah 3-4 kali ganda lebih murah daripada harga yang didapati di sana. Contohnya kain 4 ela di sini yang berkualiti tinggi berharga sekitar RM 55-60 dan boleh dijual di Malaysia dengan harga RM 180.
Kain sutera China adalah menjadi pilihan utama usahawan yang memborong di negara China.
Selain itu, pemilihan corak juga sangat penting. Jika kainnya berkualiti tinggi tetapi coraknya tidak menepati citarasa masyarakat Malaysia, maka tidak ada pelanggan yang akan membelinya.
Pemilihan corak ini pula berbeza mengikut umur, saiz badan, ketinggian, warna kulit dan status samada anak dara atau sudah berkahwin. Pelbagai aspek yang perlu dititikberatkan untuk pemilihan kain yang sesuai.
Bagi seorang lelaki seperti saya, tentu ini satu perkara yang memeningkan namun bagi wanita mereka bahagia menghabiskan berjam-jam memilih kain ela / pasang di kedai borong di Guangzhou ini.
Kepada yang berminat untuk memborong kain ela dan kain pasang dari negara China silalah melawat website kami di www.kursusborongchina.com atau hubungi kami di 017-2517515. Kami menyediakan perkhidmatan kursus, rombongan ke China serta menguruskan penghantaran balik barangan dari China ke Malaysia.
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil
{ 0 comments }
Menampilkan Mohamed Firdous, Anwar Latiff dan Suraya Lunatots di RTM 1.
Tahniah
Shabudeen Jalil
{ 0 comments }
Lebih 40 orang pendakwah Islam yang terkemuka termasuk Allahyarham Abu Wagas dikebumikan dalam Kawasan Makam Kuno Pendakwah Islam Guangzhou. Kawasan makam ini sudah bersejarah selama lebih 1,300 tahun.
Allahyarham Abu Wagas datang ke Guangzhou untuk menyebarkan agama pada zaman Dinasti Tang (iaitu kira-kira tahun 626).
{ 1 comment }