Canton Fair
KEMASKINI TERKINI: CANTON FAIR 2012

Canton Fair adalah sebuah pameran perniagaan yang terbesar di dunia. Pameran ini berlangsung 2 kali dalam setahun. Yang pertama pada bulan April hingga Mei dan yang kedua pada bulan Oktober hingga November.
China Commodities Fair atau lebih dikenali sebagai Canton Fair ini adalah tempat di mana kebanyakan kilang-kilang pengeluar barangan dari China berkumpul mempamerkan produk mereka kepada lebih 200,000 pengunjung dari serata dunia.

Peluang mengunjungi pameran ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengunjung untuk berjumpa secara langsung dengan pembekal dan mendapatkan sesuatu produk dengan harga yang lebih murah.
HARGA ROMBONGAN: RM2900 sahaja (Deposit RM1000)

Pameran ini terbahagi kepada 3 fasa dan setiap fasa ini menawarkan produk yang berlainan.
★ JADUAL CANTON FAIR 2012 ★
• Peralatan Lampu • Alat Ganti Kenderaan • Jentera & Mesin • Peralatan & Perkakasan • Bahan Pembinaan • Produk Kimia • International Pavilion |
• Hadiah • Dekorasi Rumah |
• Kasut • Peralatan Pejabat, Beg & Produk Rekreasi • Ubat-ubatan, Peranti Perubatan & Produk Kesihatan • Makanan • International Pavilion |
SENARAI PRODUK YANG BOLEH DIBORONG DI CANTON FAIR
Tekstil & Pakaian
· Untuk Wanita: Blaus, skirt, seluar, kot berkancing, sut, kot, sweater (baju sejuk tebal berbulu)
· Untuk Lelaki: Jaket, seluar, baju, kot berkancing, sut, sweater (baju sejuk tebal berbulu)
· Pakaian dan Gaun: Pakaian perkahwinan, cocktail dress, gaun Petang
Pakaian Kanak-kanak
· Baju, skirt, seluar, kot
Pakaian Dalam
Set pakaian dalam, baju tidur, jubah mandi, loungewear, pakaian renang
Sukan dan Pakaian Kasual
· Pakaian Jeans
· Sukan dan Pakaian Kasual
· Pakaian Sukan: Pakaian sukan profesional, pakaian sukan kasual
· Pakaian kasual: Jaket / kot, wind cheaters, t-shirt, seluar pendek
· Lain-lain: Uniform, pakaian kerja
Bulu, kulit & produk berkaitan
· Produk bulu dan kulit: Bahan berbulu, produk berbulu (Pakaian / topi / sarung tangan / sarung Bantal / sarung katil)
· Kulit & produk kulit: Bahan dari kulit, pakaian kulit, dan lain-lain
· Produk Down & Down: Bahan Down (Angsa Down, Itik Down, Bulu Ayam)
· Produk bulu: (Pakaian berbulu, bunga berbulu, dekorasi berbulu, dan lain-lain), Down (Pakaian Down , set katil down, beg tidur down)
· Cashmere & produk Cashmere
Aksesori Fesyen dan Kelengkapan
· Aksesori Fesyen: topi, sarung tangan, tudung, sapu tangan, selendang, stokin, tali leher
· Kelengkapan Garment: Pad bahu, label-label, zippers
Tekstil Rumah
· Produk Katil: Selimut, tempat tidur, selimut, alas katil, mattress, tuala quilt, bantal, sarung bantal, kusyen, kelambu
· Tekstil Upholsteri: Kain hiasan, kain dinding, kain tirai, pakaian perlindungan panas, sarung perabot, sarung sofa
· Tekstil Bilik Mandi: Tirai pancuran, tuala, tuala muka, tuala mandi, tuala pantai
· Tekstil Meja dan Dapur: Alas meja, tuala, apron, sarung tangan oven microwave, Tekstil Dapur Lain-lain
· Lain-lain: Lantai, cucian tekstil, bendera-bendera
Bahan-bahan Mentah Tekstil & Fabrik
· Fabrik dan benang: Kapas/campuran, polister/campuran, linen/campuran, sutera, wool / fleece, kain tenun Khas, fabrik bukan tenunan, kain
· Gentian: Gentian haiwan, gentian buatan manusia, gentian sintetik, gentian tak organik / mineral, gentian kimia
· Benang: Benang / campuran kapas, linen / campuran, wool / campuran, polister / campuran
· Lain-lain: Aksesori pakaian
Permaidani
· Permaidani buatan mesin
· Permaidani buatan tangan: Permaidani sutera, permaidani buatan tangan, permaidani tangan-berumbai, permaidani buatan tangan lain
· Permaidani
· Produk Lantai: Permaidani straw dan buluh
Kasut
· Kasut Fesyen: Kasut lelaki, kasut wanita
· Kasut Sukan: Pelbagai kasut sukan lain, kasut mendaki gunung, kasut Gym, kasut latihan, dan lain-lain
· Kasut Kanak-kanak: Sandal, selipar
· Kasut & but untuk penggunaan khas lain dan barang separuh siap
Bekalan dan Peralatan Pejabat
· Pen: Pensil, pen mata bola, pen mata bola roller, high-lighters, pen fountain, pens berminyak, pen melukis, refill/isian untuk pen, dakwat
· File Penyimpanan: Folder fail hardback, folder fail kertas, cover fail lutsinar, cover fail persidangan, folder fail bercetak, folder fail tergantung, gegelang pengikat (binder), klip bod, folder laman, pemegang fail, pemegang kad nama, folder laporan, folder kad pengenalan.
· Peralatan Pejabat: Stapler, staple, pengikat (binder), pembuang stapel, puncher, gunting, pisau kertas, bekas pen, bekas klip kertas, pemegang pita pelekat, pembaris, pita pelekat, pengasah pensil, pen pembetulan, pemadam, gam, pita pelekat lutsinar, pita pelekat dua belah, buckle, penanda & setem, kalkulator, pad jadual, pemegang kad nama, pemegang akhbar
· Produk kertas: Buku nota, pad memo, kertas faks, kertas komputer, dakwat percetakan kertas Ink-Jet, kertas Salinan, kertas foto, kertas penulisan, kertas kewangan, kertas untuk penggunaan kewangan
· Label: Label yang ditulis tangan, badge, laminating louch films, label penanda
· Dekorasi meja
· Produk automasi pejabat & peralatan, bekalan pejabat lain
Beg
· Beg bimbit: Beg bimbit kulit, beg bimbit plastik tenunan, beg bimbit kulit PVC
· Beg: Beg kulit, beg kulit PVC, Beg kapas, Beg plastik tenun
· Beg-beg lain, beg dan aksesori
Produk Sukan, Kembara dan Rekreasi
Produk Sukan
· Produk sukan indoor & outdoor : Bola dan aksesori, peralatan boxing, skateboard, roller skates, skates, peralatan kecergasan, peralatan latihan di rumah, net sukan, trampolin, memanah, basikal dan aksesori, snuker dan billiard, menembak, pemburuan, mendaki, tali, peralatan atas litar trek, peralatan equestrian, peralatan sukan pantai, kacamata/cermin mata sukan, beg sukan dan peralatan menyelam: Goggle, topeng Menyelam, sut menyelam, flappers, snorkel, aksesori menyelam, paddleboard dan aksesori, peralatan renang dan aksesori, peralatan bermain ski air: trofi piala, sijil penghargaan, pingat, bendera, lambang.
Produk Kembara dan Rekreasi
Peralatan Memancing: Kail pancing, nets memancing, joran memancing, beg ikan, alat-alat memancing dan aksesori barbeque: barbeque elektrik, barbeque gas, barbeque karbon, gril, peralatan pencucuhan, aksesori kasual barbeque: buaian, penggantung, penutup pelindung, sarung bantal hawa, beg tidur, selimut, khemah dan aksesori, peralatan dan aksesori perkhemahan.
Produk Kesihatan dan Perubatan
· Ubat: Ubat-ubatan, herba tradisional cina, ubat biokimia, ubat veterinar
· Ramuan Aktif Farmaseutikal: Herba cina, bahan perubatan mentah, perantaraan perubatan, ekstrak asli
· Produk Kesihatan: Ubat kesihatan, produk kesihatan asli, ubatan alkohol cina, alkohol kesihatan, minuman dan tonik
· Salun kecantikan dan Produk Kecantikan: Kosmoseutikal, produk penjagaan badan, rambut palsu dan anggota palsu, produk pembentuk badan, bahan penjagaan kecantikan
· Perkakasan Perubatan: Alat penimbang badan, kabinet perubatan, beg air panas, tongkat
· Produk dan Peralatan Kesihatan Reproduktif: Produk dan peralatan kesihatan seksual, produk dan peralatan perancangan keluarga
· Peralatan Kesihatan dan Pemulihan: Peralatan pemulihan, peralatan urutan, peralatan kesihatan badan
Peranti Perubatan, (Disposable) dan Uniform
· Peralatan Diagnostik dan Terapeutik
Pelbagai alat-alat pembedahan dan alat perubatan elektronik, instrimen makmal dan klinikal, instrumen alat optik, instrumen perubatan laser; Physiotherapeutic Instruments Lesions-minimally Invasive Diagnoses System Biochip and Related Devices Integrative Devices of Traditional Chinese and Western Medicine Heart Monitoring Facilities Medical Image Facilities Biochemical Detection Facilities Blood-pressure Meters & Thermometers Endoscope Systems Low-temperature Freezing Facilities Dialysis Therapy Facilities.
· Instrumen Bantuan Hospital
Perubatan X-Ray dan peranti ultrasonic MRI, linear accelerator ENT & diagnosis gigi dan mulut serta kemudahan rawatan pembasmian dan produk pensterilan, bekalan Oksigen, kemudahan bank darah, peralatan rawatan air, peralatan pembekuan suhu, peralatan pergigian klinikal, peralatan perubatan dan diagnosis pergigian, peralatan klinik pergigian, peralatan makmal pergigian dan sistem teleperubatan pergigian, sistem maklumat hospital, sistem peranti perlindungan automasi pejabat dan peranti perlindungan sinaran nuklear, wad aseptik, pemantauan sistem wad, pelbagai jenis katil hospital, ambulans hospital, pengusung, dan lain-lain kit pertolongan cemas. datan hospital dan sistem pemprosesan imej pelbagai jadual Operasi dan Peralatan pemantauan perubatan dan analisis peranti instrumen makmal biologi.
Food
· Makanan: Bijiran dan minyak, daging dan produk daging, telur dan produk tenusu, produk akuatik, buah-buahan dan produk buah-buahan, sayura-sayuran dan produk sayura-sayuran, perasa, gula-gula dan produk manisan, kek dan biskut, aditif makanan, madu, dan lain-lain.
· Minuman: Minuman beralkohol: Beer, dan wain
· Kopi
· Fruit Juice
· Jus buah-buahan
· Lain-lain
· Teh: Teh hitam dan teh semi-ditapai, teh hijau, teh oolong, teh wangi, teh pu’er, teh lain-lain dan produk berkaitan (teh kesihatan, bekas penapis teh/ wangian bunga, dan lain-lain)
Produk makanan dan produk agrikultural
Makanan; Wain; kopi; lain-lain minuman, minyak edible; teh; produk pertanian
Produk perubatan, kesihatan dan kecantikan
Pelbagai alat pembedahan; alat perubatan elektronik; bahan perubatan pakai buang; instrumen physiotherapeutic, peralatan kesihatan dan pemulihan, produk-produk kesihatan, kosmetik, produk penjagaan kulit, produk penjagaan rambut; bekalan kecantikan; penjagaan kaki; produk penjagaan bentuk badan; produk penjagaan kecantikan dan kecantikan
Hadiah dan hiasan
Hadiah; Premium; seni kraf; dekorasi rumah; dekorasi festival; dekorasi parti; barang kemas; jam tangan dan jam; cermin mata; beg hadiah; hadiah alat tulis
(Sumber)
Atas permintaan ramai, kami akan menganjurkan rombongan usahawan ke Canton Fair 2012. Tarikh rombongan ini adalah seperti berikut.
Rombongan Fasa 1: 15 – 18 April 2012
Rombongan Fasa 2: 23 – 27 April 2012
Rombongan Fasa 3: 1 – 4 Mei 2012
Harga rombongan adalah RM 2900.
Pakej Rombongan ini adalah termasuk:
- Pengurusan Visa
- Jemputan ke Canton Fair
- Tiket Penerbangan
- Penginapan di Hotel 3 bintang
- Pengangkutan
- Makan Malam
- Khidmat Nasihat
Selain ke Canton Fair, peserta juga akan dibawa berkunjung ke tempat-tempat bersejarah Islam di bandar Guangzhou.
Kepada yang berminat untuk mendaftar, sila hubungi 017-251 7515 atau 03-4266 7515 untuk mendaftar.
PS: Penyertaan hanya dibuka untuk 15 orang bagi setiap fasa.
HARGA ROMBONGAN: RM2900 sahaja (Deposit RM1000)

Keratan akhbar Utusan Malaysia mengenai Canton Fair 2010

PAMERAN PERNIAGAAN UNTUK PEMBORONG
AKTIVITI memborong barangan dari negara seperti Indonesia, China dan Vietnam semakin popular di kalangan usahawan-usahawan tempatan.
Malah bagi mereka yang biasa berulang-alik ke China khususnya wilayah memborong terbesar di negara itu, Guangzhou mungkin pernah atau biasa mendengar mengenai Pameran Komoditi Eksport China (China Export Commodities Fair) atau lebih dikenali sebagai Canton Fair.
Ia merupakan pameran perniagaan yang terbesar di China dan antara yang terbesar di dunia.
Pameran ini diadakan sejak dari tahun 1957 dan berlangsung sebanyak dua kali setiap tahun iaitu pada musim luruh dan pada musim bunga.
Berdasarkan statistik tahun lepas Canton Fair menempatkan lebih 55,927 gerai atau ruang perniagaan di kawasan seluas 1,125,000 meter persegi.
Setiap kali berlangsung ia akan disertai usahawan dari lebih 200 buah negara di seluruh dunia.
Dengan purata bilangan pelawat seramai 200,000 orang setahun, pameran tersebut telah membawa pulangan perniagaan sebanyak RM106.64 juta (AS$30.470 juta).
Pengurus Anzac Consultancy (Anzac), Shahbudeen Jalil Kamarul Jaman, berkata, Canton Fair memberi banyak kelebihan kepada usahawan-usahawan borong yang ingin meluaskan perniagaan mereka.
“Di pameran ini mereka bukan saja berpeluang mencari pembekal dan pengilang atau sumber sesuatu produk malah dapat berinteraksi dengan usahawan dari negara-negara lain.
“Mereka juga dapat melihat produk-produk baru yang belum berada di pasaran,” katanya kepadaUtusan Malaysia baru-baru ini.
Anzac Consultancy yang merupakan syarikat penganjur kursus memborong dari China, turut giat menjalankan aktiviti membawa rombongan usahawan memborong ke negara Tembok Besar itu terutama ketika musim Canton Fair.
Terkini menurut Shahbudeen Jalil, Canton Fair 2010 bakal berlangsung pada April hingga Mei ini.
Pameran kali ini dibahagikan kepada tiga fasa berbeza iaitu Fasa 1 pada 15 hingga 19 April, Fasa 2 (23-27 April) dan Fasa 3 (1-5 Mei)
Pameran turut dibahagikan mengikut kategori aktiviti perniagaan berbeza seperti mesin besar dan peralatan mesin kecil, basikal dan motosikal, alat ganti kenderaan, bahan-bahan kimia, mesin pembinaan, peralatan elektrik rumah dan peralatan elektrik pengguna.
Tidak ketinggalan seksyen dapur dan barangan meja makan, seramik, perhiasan rumah, barangan kaca, perabot barang anyaman, rotan dan seni besi serta banyak lagi.
Dalam pada itu sempena kedatangan Canton Fair pada April ini Anzac Consultancy tidak ketinggalan menganjurkan rombongan kepada pengusaha-pengusaha borong yang berminat.
Selain melawat pameran terbesar itu, usahawan juga akan dibawa melawat plaza-plaza borong di Guangzhou.
Maklumat lanjut mengenai jadual lawatan boleh diperoleh dengan melawat laman webhttp://www.kursusborongchina.com/.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, hubungan Firdous di talian 017-251 7515.