Melawat Tembok Besar Cina di Beijing, China (Bergambar)

Tembok besar Cina di Beijing, China adalah satu antara keajaiban pembinaan di dunia. Tembok ini telah mula dibina pada tahun 200 Sebelum Masihi dan diteruskan dari generasi hingga generasi sehinggalah ke abad yang ke-14 oleh Dinasti Ming.

Tembok ini bermula dari timur sehingga barat dengan kepanjangan sepenuhnya mencecah 21,296 km. Ini adalah bersamaan dengan lebih 22 kali ganda jarak perjalanan antara Johor ke Bukit Kayu Hitam melalui lebuhraya Utara-Selatan PLUS.

Bagi penulis perjalanan Islam seperti Ibnu Battuta pula, tembok besar ini dikatakan dibina oleh Iskandar Zulkarnain untuk melawan kuasa Yakjud dan Makjud. Namun pendapat ini banyak disangkal oleh sejarahwan lain. Lagi pula, Ibnu Battuta sendiri tidak pernah sampai ke sana.

Saya secara peribadi pernah melawat Tembok Besar Cina di Beijing, China ini pada tahun 2006 dan sangat kagum dengan kehebatan pembinaannya. Ini boleh dikatakan sebuah projek MEGA yang dasyat pada zaman dahulu sehingga ke hari ini.

Setiap kali sewaktu saya mengadakan Kursus Borong China atau Rombongan Memborong ke China, saya sering ditanya oleh beberapa orang peserta mengenai adakah kita akan ke Tembok Besar ini dari Guangzhou. Sebenarnya ini adalah satu soalan yang agak lawak sebenarnya.

Jarak perjalanan dari Guangzhou ke Beijing saja sudah mencapai 2000 km dan kalau menaiki keretapi terpantas pun akan memakan masa 8 jam. Ini pula peserta ini ingin pergi ke Beijing menaiki Teksi. he he he.

Berikut di bawah ialah gambar saya sewaktu saya melawat Tempoh Besar China ini

tembok besar china 1 Di Pintu Masuk Tembok Besar Cina di Beijing, China

tembok besar china 6

tembok besar china 5

tembok besar china 4

tembok besar china 3

tembok besar china 2

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

 

{ 1 comment… read it below or add one }

akukaya February 19, 2014 at 1:41 pm

berapa harga tiket bullet train dari Guangzhou ke Beijing encik shah?

Reply

Leave a Comment