Borong di GM Plaza KL dan Klang, Kenanga Wholesale City dan Masjid India

plaza gm

Kepada peniaga yang mula-mula ingin berniaga bermodalkan modal kurang daripada RM 2000, anda dinasihatkan untuk mula memborong daripada pusat-pusat borong yang ada di Malaysia terlebih dahulu sebelum melangkah ke luar negara.

Namun anda perlu mempunyai mind set yang jelas, bahawa anda tidak boleh selamanya memborong daripada tempat-tempat borong di Malaysia ini jika ingin bertahan lama dalam perniagaan.

Ini adalah disebabkan beberapa faktor antaranya ialah harga, pilihan barang dan stok yang tidak stabil.

Jadi di mana tempat memborong di Malaysia yang anda boleh mulakan langkah anda ?

1. GM Plaza, Chow Kit, KL

2. GM Klang

3. Taman Kenanga

4. Kenanga Wholesale City

5. Masjid India

Selain pemborong di Masjid India, pemborong-pemborong di GM Plaza, Taman Kenanga dan Kenanga Wholesale City, semuanya mendapatkan barangan borong mereka daripada Guangzhou atau Yiwu di China

Mereka ini mengambil langkah untuk ke China untuk memborong barangan mereka untuk diletakkan di premis-premis mereka di GM Plaza, Taman Kenanga dan Kenanga Wholesale City.

Manakala pemborong di Masjid India pula mendapatkan barangan mereka daripada beberapa negara lain selain China iaitu dari Bangladesh, Pakistan, Thailand, Vietnam dan Kemboja.

Kepada anda pula, jika anda bermodalkan bawah daripada RM 2000, saya syorkan anda untuk memborong daripada pusat borong di Kuala Lumpur ini. Namun jika anda mempunyai modal lebih daripada itu, anda sebenarnya sudah boleh menjadi seorang pengimport dari China secara terus.

Kelebihan Mengimport Memborong Terus dari Sumber

Jika anda mengimport atau memborong terus barang dari sumber atau dari China sudah tentu ada kelebihannya yang tersendiri.

Walaupun pada mulanya anda terpaksa bekerja lebih sedikit, namun ianya sangat berbaloi kerana ia seolah-olah anda membina tapak yang kukuh bagi perniagaan anda. Anda akan menuai hasilnya sepanjang hidup anda.

Antara kelebihan memborong dari sumber ialah 

- Anda akan mendapat barangan ini dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga yang anda dapat daripada orang tengah.

- Anda mempunyai lebih banyak pilihan dari segi barangan, warna, size, kepelbagaian serta rekabentuk yang menarik.

- Anda boleh mendahului pasaran dengan memiliki produk jualan yang terkini di pasaran.

Ketiga-tiga faktor ini sangat penting kerana dalam persaingan perniagaan, anda perlu sentiasa di hadapan. Orang yang di hadapan akan mendapat lebih banyak manfaat atau keuntungan berbanding orang yang mengikut dari belakang.

Jadi untuk anda memulakan langkah ini, segeralah mendaftar untuk menyertai Kursus Borong China kami dan Rombongan Memborong Usahawan ke China.

Ingat, ini adalah langkah pertama sahaja.. namun ia akan memberi anda terlalu banyak manfaat dari aspek perniagaan.

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

{ 4 comments… read them below or add one }

Mohd Nazim Abdullah January 21, 2013 at 1:34 pm

Saya berminat nak cari produk mainan dan yang sesuai untuk dijadikan cenderamata.

Reply

Mohd Nazim Abdullah January 21, 2013 at 1:34 pm

Saya berminat nak cari produk mainan dan yang sesuai untuk dijadikan cenderamata.Tq.

Reply

Siti April 6, 2013 at 10:28 pm

salam,
Saya siti dari Brunei..bolih tak klu ada kursus borong china melalui internate email atau chat ? Sebab saya berada d brunei dan saya ingin sekali untum memulakan busines saya tapi belum tahu dimana tempat borong yg dapat saya ambil.

Sekian

Terima kasih

Siti
Brunei

Reply

Shahabudeen April 8, 2013 at 12:30 pm

Puan mungkin boleh beli modul daripada kami

Reply

Leave a Comment