Keretapi Laju China ke Malaysia

Saya mempunyai pengalaman peribadi menaiki keretapi daripada bandar Guangzhou ke Shanghai di China.

Perjalanan ini memakan masa 29 jam lamanya.

Dalam kenyataan akhbar terbaru yang dikeluarkan oleh Kerajaan China, mereka telah berjaya memendekkan perjalanan keretapi dari Beijing ke Guangzhou menjadi hanya 8 jam sahaja.

Jika keretapi 10 tahun yang lepas akan memakan masa kira-kira 35 jam. Jarak perjalanan antara Guangzhou dan Beijing pula adalah 2298 km.

Keretapi berkelajuan 300 km/sejam ini juga dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang tinggi memandangkan China baru menghadapi trajedi kemalangan keretapi beberapa tahun yang lepas.

Dalam kenyataan yang sama juga. China memberi bayangan sedang membangunkan sistem keretapi untuk sampai ke Asia Tenggara dan ke Rusia.

Jadi anda tidak perlu terkejut jika suatu hari nanti, anda boleh pergi memborong ke China hanya dengan menaiki keretapi dari Malaysia ke China.

Ini juga bakal memudahkan penghantaran barangan dari China ke Malaysia.

China sedang berkembang sangat pesat. Usahawan yang nampak peluang ini akan memulakan langkah pertama dengan pergi memborong dari sana sebelum kita dapat mengeksport pula barangan kita ke sana. Insya-Allah

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

Leave a Comment