Azam Tahun Baru Paling Istimewa : Memborong Dari China

Sepanjang tahun ini, saya banyak juga mendapat email daripada peniaga kecil dan pelajar universiti malah ada juga dari pelajar sekolah menengah yang menyatakan hasrat dan impian mereka untuk memborong dari China.

Saya reply semua email ini. Mereka tidak perlu tergesa-gesa untuk mencapai impian ini. Letakkan azam dalam diri anda dan anda akan lihat bagaima Tuhan mengatur perjalanan anda untuk mengorak langkah yang pertama untuk memborong dari China.

Bagi anda yang sedang membaca artikel ini. Ambil kertas dan tulis di atasnya.

“Tahun 2013 ini, aku akan mulakan langkah dengan memborong dari China”

Tampalkan kertas ini di dinding bilik anda untuk anda baca setiap hari. Anda akan terkejut suatu hari nanti dalam tahun 2013, anda sudah pun berada di China.

Inilah keajaiban aturan Tuhan yang Maha Esa.

Sebagai langkah yang pertama, anda boleh mulakan dengan menyertai Kursus Borong China untuk bersama dalam satu komuniti usahawan yang mempunyai pemikiran yang sama. Dengan pemikiran sebegini, mereka ini akan membantu anda untuk mencapai cita-cita anda.

Tidakkah Nabi berpesan bahawa orang yang berkawan dengan penjual minyak wangi akan terlekat juga bau wangiannya itu.

Selepas itu, langkah keduanya adalah menyertai rombongan memborong usahawan ke China. Melalui rombongan ini juga, anda akan dilatih daripada kosong dalam aspek praktikal tentang pemborongan.

Selepas kursus dan rombongan ini, anda sebenarnya sudah bersedia sepenuhnya untuk memulakan langkah pemborongan anda.

Namun perlu saya ingatkan. Azam tahun baru anda ini bukanlah satu kejayaan tetapi hanyalah satu permulaan untuk ke langkah yang seterusnya.

Perjalanan 1000 batu bermula daripada langkah yang pertama.

Cuma sekarang terpulang kepada anda untuk bertindak atau terus menunggu sehingga tiba tahun baru 2014 pula.

Jadi, jangan berlengah lagi. Ambil tindakan pertama dengan mengambil kertas dan tulisan azam tahun baru anda untuk memborong dari China serta lekatkan kertas ini di bilik anda.

Apa anda tunggu lagi, buat SEKARANG.

Terima kasih

Shahabudeen Jalil

{ 1 trackback }

Leave a Comment