Pembungkusan dilakukan di luar hotel penginapan pada hari terakhir,.
Ramai yang hadir ke kursus saya berbekalkan persoalan mengenai penghantaran balik barangan ke Malaysia dari negara China yang disangkakan sangat komplikated.
Sebenarnya, ianya telah dipermudahkan oleh pihak Anzac Consultancy untuk pihak pelanggan kami. Jika dulu anda perlu mengimport satu kontena barangan, kini tidak lagi. Beberapa kotak barangan pun boleh dihantar balik melalui laut.
Sebelum itu, perlu kami ingatkan pemilihan syarikat penghantaran barangan balik ke Malaysia ini sangat penting kerana jika anda memilih syarikat yang salah, anda pasti akan menyesal samada terpaksa menunggu barangan tidak kunjung sampai berbulan lamanya ataupun lebih teruk jika barangan itu hilang dalam penghantaran.
Anda mungkin pernah mendengar, semua ini pernah berlaku.
Dengan kami, insya-Allah kami mempunyai insurans untuk melindungi barangan anda dan mengikut rekod kami selama 10 tahun mengimport barangan dari China, hanya ada 1 masalah kehilangan barangan. Itupun disebabkan oleh pembungkusan yang tidak menepati kriteria.
Oleh yang demikian, kami sangat mengalakkan usahawan yang ingin memulakan bisnes borong dari China untuk memulakan langkah pertama dengan menghadiri kursus yang kami anjurkan.
Kami adalah syarikat no. 1 dalam bidang ini di Asia Tenggara dan kami mampu memberikan anda servis yang terbaik.
Hanya pelanggan yang terbaik akan bersama kami.
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil
{ 1 comment… read it below or add one }
seminar kl area