Skim Penipuan Internet – Sindiket Penipuan Parcel dan Bungkusan (Bahagian 1)

skim

Dalam 4 bahagian yang akan datang, saya akan ceritakan kepada anda mengenai skim penipuan di Internet.

Internet adalah satu wadah yang paling mudah untuk seseorang itu ditipu. Kenapa ianya sedemikian ?

Kerana ramai orang tidak tahu mengenai internet dan menganggap internet adalah satu lubuk yang mudah kita untuk membuat pendapatan yang lumayan.

Ini belum lagi cerita mengenai mereka-mereka yang menggelar diri sendiri sebagai jutawan internet atau mereka yang mengajar orang lain bagaimana untuk “Login Facebook dapat duit”.

Skim 1 : Sindiket Penipuan Parcel

Beberapa minggu yang lepas, saya kembali ke Alor Star untuk mengadakan Kursus Borong China di sana dan pada malam saya tiba di Alor Star, saya bertemu dengan seorang junior saya yang pernah belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid.

Beliau kini bekerja sebagai kelasi kapal

Sewaktu beliau pulang ke tanahair, beliau menerima satu panggilan daripada seorang gadis ‘mat salleh’ yang mengatakan dia adalah anak kepada kapten kapal di mana rakan saya ini bekerja.

Sepanjang berada di Malaysia, gadis ini menelefon rakan saya ini setiap hari selama kira-kira sepuluh hari.

Dalam setiap perbualan, gadis ini menceritakan pelbagai masalah dan gadis ini mula menceritakan mengenai rancangannya untuk membeli rumah di Malaysia.

Selepas kira-kira 2 minggu, gadis ini meminta tolong rakan saya ini menerima satu parcel atau bungkusan yang akan dihantar. Gadis ini menyatakan bahawa di dalam parcel itu nanti ada benda-benda penting. Jadi dia perlu hantarkan parcel ini kepada seseorang yang dipercayai.

Setelah seminggu parcel itu dihantar, gadis ini menelefon kembali kawan saya ini dan bertanya mengenainya. Kawan ini pun terpinga-pinga dan mula mencari sehingga ke pejabat pos, pejabat DHL, FedEx dan sebagainya. Namun tidak juga dijumpai parcel itu.

Selepas lagi seminggu, gadis ini mula menangis teresak-esak meminta kawan saya ini mencari lagi.

Akhirnya pada minggu ketiga, terdapat seorang perempuan Melayu menelefon rakan saya dan mengatakan kononnya dia dari Pejabat Kastam. Perempuan itu berkata, dalam parcel ini ada duit berpuluh-ribu Pound Sterling, iPhone 4S dan Jersi Manchester United serta beberapa barang berharga lain.

Oleh yang demikian, rakan saya ini perlu membayar yuran denda RM500 dan RM3000 sebagai cukai pelepasan barangan tersebut.

Mendengar ini, rakan saya ini mula mencari duit di merata-rata tempat. Niat di hati untuk menolong perempuan mat salleh itu dan dalam masa yang sama, dia mungkin boleh dapat hadiah-hadiah yang disertakan dalam parcel itu.

Perempuan mat salleh itu menelefon lagi dan memberitahu bahawa jika parcel ini sampai nanti, ambillah duit di dalamnya itu sebagai ganti.

Setelah meminjam duit dari pelbagai sumber, kawan saya ini pun memasukkan duit ke dalam akaun perempuan Melayu yang menelefon itu.

Akhirnya perempuan itu diam seribu bahasa. Rakan saya ini nak call semula pun tak boleh, sebabnya no. telefon yang menghubungi beliau adalah no. “private number”.

Sewaktu bertemu dengan saya, sudah beberapa minggu rakan saya ini transfer duit itu kepada perempuan Melayu itu.

Kini setiap hari perempuan Mat Salleh itu menelefon dan menangis-nangis meminta rakan saya ini membantunya.

Dan rakan saya bertanya kepada saya apa yang beliau lakukan?

Saya menyatakan secara ikhlas kepada beliau, ini semua adalah penipuan.

Saya bertanya ,”Perkahkah hang tanya kapten hang tu samada perempuan itu anak dia atau tak ?”.

“Tak pernah pulak…” jawab kawan saya.

Jadi ini semua hanyalah penipuan. Lupakan mengenai duit yang telah hangus itu. Bagitau perempuan ‘mat salleh’ itu “PERGI MAMPUS” dan teruskan hidup dengan membayar hutang piutang yang telah wujud itu.

Inilah modus operandi sindiket penipuan parcel ini. Berhati-hatilah kepada anda pembaca sekalian.

Dari blog SJ

{ 2 comments… read them below or add one }

lina77 July 1, 2012 at 4:45 pm

yuppp….ini juga yg terjadi kt member sy,ianya bermula dr laman fb…tektik dan cara lebih kurang sama smpi dkt rm10k gak member tu habis……skrg ni dia close trus akaun fb coz dh trauma

Reply

lara August 3, 2012 at 3:40 pm

sya sendiri hampir trtipu..caranya hntr duit melalui western union…slh nma n mnta sya bayar 1500rm..tp alhmdulillah…ALLAH., bersama sya..n sya terselamat dri njadi mangsa penipuan..

Reply

Leave a Comment