Bagaimana Menghantar Balik Barangan Anda Dengan Selamat melalui laut ?
Kita sudahpun membaca mengenai Langkah 1 mengenai kaedah membuat kajian pasaran dan langkah 2 mengenai kaedah mencari pembekal yang boleh anda percayai. Pada email kali ini kita akan berbicara pula mengenai kaedah penghantaran balik barangan ke Malaysia.
Inilah biasanya penghalang utama dikalangan usahawan yang ingin memulakan perniagaan mengimport barangan. Antara mitos dan persoalan yang berlegar adalah
Adakah saya perlu mengimport satu kontena barang ?
Berapa pula kos penghantaran pulang ?
Macamana pula urusan dokumentasi dan pelepasan kastam ?
Bagaimana berharap untuk barangan itu selamat sampai ke tangan saya ?
Salah satu persoalan yang kelihatan paling lawak pernah saya hadapi dalam kursus saya tempoh hari adalah, “apakah yang akan terjadi jika kapal penghataran barangan ini karam di tengah lautan ?”. Saya faham apa yang dirisaukan oleh peserta itu adalah samada barangannya selamat atau tidak. Jangan risau, barangan anda dilindungi insurans oleh pihak kami.
Anda boleh mengimport walaupun sekotak. Tidak ada limit minimum. Kami akan mengabungkan barangan anda bersama dengan barangan lebih 5000 peserta yang berdaftar dengan kami untuk menghantar barangan anda pulang dengan kontena kami. Jadi anda tidak perlu risau jika anda mempunyai modal yang sedikit.
Kami akan menjawab semua persoalan di atas dan kami jugalah yang bakal menguruskan barangan anda dari China terus ke pintu rumah anda dengan kos yang sangat murah. Jika anda memborong pakaian contohnya, sehelai t-shirt hanya akan melibatkan kos RM 1.00 sahaja untuk pembungkusan, penghantaran dari gudang di China, proses perkapalan, proses dokumentasi, proses perlepasan kastam dan penghantaran terus ke pintu rumah anda.
Cuba bayangkan baju yang anda dapat di Malaysia dengan harga RM 20 boleh didapati di sini dengan harga RM 8 dan di tambah kos pengangkutan baru RM 9 kosnya. Jika anda membeli 500 helai, penjimatannya adalah RM 5500.
Semua ini akan diuruskan oleh pihak kami bagi peserta yang menyertai Kursus Memborong ke China. Dan selepas mengikut rombongan memborong kami, anda boleh terus memborong secara bebas tanpa melibatkan kami. Kami hanya tunjukan jalan untuk anda untuk diambil peluang ini oleh anda.
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil
{ 1 trackback }
{ 8 comments… read them below or add one }
as,kum saya teringin menghadiri kursus ini.ada kekosongan lagi tak…dari jam berapa dan habis jam berapa waktu kursus ni..tel saya 019-3212146
berapa hari kursus tu…yuran kursus rM388
Visit morning,,, please support back
penghantaran barang yang diborong di China-ke malaysia, pihak kastam China – mALAYSIA mengenakan CHARGE duti import & eksport berapa? macamana kira? berapa % dai belian?tq
Saya berminat untuk menghadiri kursus ini, bila kursus seterusnya?
Ass. Saya berminat utk ikut kursus borong di China 10 Nov di KL. ADA seat lagi bro?
assalamualaikum.. saya ingin bertanya kepada En.Shahabudeen Jalil. Sekiranya Penghantaran yang saya ingin buat ke sabah, adakah kadar pembayaran berbeza dan adakah barang saya harus transit dr port klang baru ke sabah??
Thank You, Mengharapkan jawapan yang tepat dari pihak tuan.
Salam. Saya dari sarawak. Kalau nak beli barang dari China macam mana? Maksud saya, ada charge penghantaran yang lain ke?