Rahsia Mendapatkan Pembekal Jangka Masa Panjang
Dalam perniagaan, kepada siapa anda jual tidak begitu penting berbanding daripada siapa anda beli. Daripada siapa anda beli akan menentukan samada anda mendapat barangan yang baik dengan harga yang terbaik ataupun anda akan terus terdedah kepada penipuan.
Pencarian pembekal melalui internet adalah sangat berbahaya kerana anda tidak bertemu dengan pembekal secara bersemuka dan anda tidak mengetahui samada mereka ini benar-benar wujud atau sekadar bermegah dengan gambar kilang yang besar yang mana anda tidak tahu kesahihannya.
Terdapat kisah di China, yang mana terdapat kilang-kilang yang menyewakan ruang pejabat mereka kepada syarikat-syarikat kecil untuk berlakon sewaktu menerima pelanggan dari luar. Dengan lakonan seperti ini, pelanggan yang sampai ke China akan tertawan dengan kilang besar yang ada dengan ratusan pekerja sedang bekerja. Sedangkan orang yang mereka temui ini hanyalah mereka yang menyewa kilang ini untuk tujuan lakonan untuk beberapa jam sahaja.
Skim sebegini dan banyak lagi skim penipuan lain akan didedahkan oleh kami di Kursus Memborong ke China nanti kepada anda. Kisah-kisah penipuan sebegini WAJIB diketahui oleh seseorang usahawan supaya anda tidak terperangkap dalam jerangkap samar yang tersedia kepada mereka yang tidak mengetahuinya.
Selain mengetahui dan menyedari mengenai sistem-sistem penipuan yang ada, anda juga perlu mengetahui cara bagaimana mengenal pembekal yang tulen dan bagaimana pula melatih dan menghantar mesej kepada pembekal ini bahawa anda adalah pembeli yang tidak mudah diperkotak-katikkan.
Pembekal di China adalah sangat licik dan mereka sudah pun berada dalam perniagaan sejak turun-temurun. Mereka boleh bermanis muka di hadapan anda dan jika anda leka, mereka akan memberikan anda produk kelas kedua tanpa anda ketahui sehinggalah anda sampai ke Malaysia.
Jadi anda perlu ada langkah-langkah tertentu yang perlu anda ikuti antaranya.
1. Anda perlu membayar deposit sedikit dan jangan sekali-kali membayar penuh sewaktu pendahuluan. Dengan anda membayar pendahuluan yang sedikit, anda secara tidak langsung memberi isyarat bahawa anda hanya akan membayar penuh jika barangan yang dipesan menepati apa yang anda inginkan. Jadi pembekal anda akan membuat yang terbaik kerana tahu anda seorang yang teliti. Jika anda membayar penuh, saya boleh pastikan hampir 100% anda akan menghadapi masalah.
2. Sewaktu membuat tempahan, ambil beberapa sample barangan yang dipesan dan simpan dengan anda sebagai rujukan. Anda akan perlukan sample ini untuk membuat perbandingan sewaktu menerima barangan yang anda pesan.
3. Sewaktu anda pergi semula ke plaza borong untuk mengambil barangan anda, walaupun barangan ini sudah dibungkus rapi anda perlu meminta pembekal untuk membuka setiap kotak dan anda perlu memeriksa secara rawak barangan ini dengan teliti. Proses ini penting kerana dalam banyak keadaan, barang yang anda pesan lain dan yang telah dibungkus rapi itu lain dan berbeza dengan sample yang diambil sewaktu membuat tempahan.
Selain dari kepercayaan, anda juga perlu ada satu sistem untuk bagaimana mempercayai pembekal anda dan bagaimana menggunakan pihak ketiga melalui kerajaan China untuk anda bergantung harap jika anda ditipu. Semua tips ini akan kami dedahkan dengan terperinci dan sistematik dalam Kursus Memborong ke China yang kami adakan.
Kami juga akan ajarkan anda dengan teknik dan kaedah untuk membuat rekod dan supaya anda dapat menjimatkan wang dan masa sewaktu kali seterusnya ke China. Dengan kaedah ini juga, anda boleh terus memesan barangan dari China tanpa perlu ke sana. Kaedah dan teknik ini akan diterangkan dengan terperinci supaya mudah untuk anda mulakannya.
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil
{ 1 trackback }
{ 7 comments… read them below or add one }
excited nk ikut kursus ni tp kena tggu bajet cukup dl…
insya-Allah
salam tuan saya berminat nak bisnes steam sauna..yg sy tengok dalam internet,baju. kasut dll ada tak di guanzo
steam sauna
salam sejahtera..kursus ne lain dari yang lain..menarik..nak tanya berapa modal perbelanjaan kursus ne.(A-Z. termasuk perbelanjaan first time ke china)..dan modal permulaan untuk menjadi usahawan..TQ
salam.berminat sangat nak pegi china tapi x boleh nak hadiri kursus…macammana ye
boleh ikuti rombongan kami
sy dh daftar kursus ni.. hrp kursus ni dpt bntu belia cm sy…