Membuat Kajian Pasaran Sebelum Import Barang Dari China

Apakah langkah-langkah mula untuk mengimport barangan dari China ?

Kelmarin saya sudah menghantar anda email mengenai bulan puasa sebagai pulang yang paling berkat untuk usahawan memulakan perniagaan. Samada anda bermula dengan berniaga kecil-kecilan ataupun secara sampingan. Pendapatan tambahan sebanyak RM 500-1000 sebulan sebenarnya sudah cukup banyak. Anda hanya perlu mengikut langkah di bawah untuk memulakan perniagaan dengan bahagian pertama iaitu mengimport barang terus dari sumber.

Ia sebenarnya lebih mudah daripada yang anda sangkakan. Kami telah membimbing lebih 10,000 orang usahawan di Malaysia, Indonesia dan Brunei dan berikan kami peluang untuk membimbing anda pula.

Pada email kali ini saya akan mulakan dengan langkah pertama daripada 4 langkah untuk anda memulakan perniagaan dengan menumpukan kepada bidang pemborongan dahulu. Dalam email seterusnya saya akan terangkan pula mengenai pemasaran dan bagaimana memulakan tapak perniagaan dengan kos yang paling minimum serendah RM 40 sebulan.

Langkah 1 : Membuat Kajian Pasaran

Kajian pasaran adalah satu kajian yang anda lakukan sebelum anda memulakan sesuatu. Ia samalah seperti isteri anda merujuk kepada resepi masakan sewaktu baru mula memasak. Tanpa buku resepi dan ramuan yang mencukupi sudah tentu masakan itu tidak akan menjadi. Keadaan akan lebih teruk, jika masakan ini tidak boleh dimakan dan membahayakan kesihatan anda. Sudahlah tidak sedap, membahayakan kesihatan pula. He he he.

Saya akan terangkan dengan mendalam mengenai kajian pasaran yang WAJIB dilakukan oleh semua usahawan  sebelum memulakan sebarang bentuk perniagaan terutama perniagaan yang melibatkan barangan di dalam Kursus Memborong ke China yang kami adakan. Teknik dan Strategi yang diajarkan ini bakal menjimatkan anda ribuan Ringgit. Ia seperti seorang Chef yang mengajar anda memasak dan buku resepi juga akan disertakan bersama untuk panduan anda.

Antara soalan paling kerap ditanya kepada saya dalam website Kursus Memborong ke China adalah samada mereka wajib atau tidak mengikuti Kursus Memborong ke China ? Bolehkah mereka mengikut rombongan sahaja ? Jawapan saya adalah memang BOLEH, namun saya banyak mendengar rungutan daripada usahawan yang pergi ke China tanpa mengikuti kursus dan akhirnya terkandas di sana akibat tertipu.

Mereka ini sanggup kerugian ribuan Ringgit dan menghadapi trauma dan kekecewaan berbanding meluangkan masa sehari untuk mempelajari teknik-teknik memborong yang penting bagi perniagaan mereka.

Orang  yang ingin berjaya di dunia perlukan ilmu, orang yang ingin berjaya di akhirat pun perlukan ilmu. Orang yang ingin berjaya di kedua-duanya pun perlukan ilmu.

Pelaburan utama yang perlu kita lakukan adalah melabur dalam diri anda sendiri. Ilmu dan teknik yang kami akan ajarkan kepada anda di dalam kursus itu nanti boleh digunakan selama-lamanya dalam apa jenis perniagaan sekalipun.

saya akan susuli esok atau lusa dengan email Langkah Kedua mengenai Rahsia mendapatkan pembekal di China.

terima kasih

Shahabudeen Jalil

{ 3 comments… read them below or add one }

azrul October 30, 2012 at 11:43 pm

jika saya ingin ke china, untuk mencari alatan elektrik dan elektronik di manakah saya harus pergi..? canton fair@ yiwu.. sekian

Reply

Shahabudeen November 25, 2012 at 10:35 pm

ikuti rombongan kami.. kami akan membantu

Reply

ummiemyra January 13, 2013 at 10:35 pm

kalau saya mewakilkan phaktuan untuk memborong kain ela adakah dibolehkan

Reply

Leave a Comment