PANDUAN USAHAWAN TEMPATAN TEROKA PASARAN BORONG CHINA
Peniaga kena buat analisis, fahami selok-belok urus niaga
Kehebatan pembangunan ekonomi China bukan lagi satu rahsia atau berita baru. Jika menyusuri Bandar di Negara tembok besar iu, anda akan melihat begitu banyak kereta ewah di jalan raya, pembangunan di serata tempat dan bangunan pencakar langit yang lebih hebat berbanding Negara maju eropah dan Amerika Syarikat.
Jika bergerak dari satu bandar ke bandar lain, kita dapat lihat lebuh raya empat lorong yang bersih dan lurus tanpa sebarang lopak. Kereta api di Negara ini juga sudah mencapai kelajuan 500 kilometer sejam. Ini samalah seperti perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kedah dalam masa sejam saja.
Tidak hairnlah penganalisis ekonomi meramalkan Negara yang mempunyai paling ramai penduduk di dunia akan menjadi kuasa terbesar ekonomi dunia sebelum 2015.
Jika anda seorang usahawan tentu anda tidak mahu ketinggalan dan melepaskan peluang meneroka pasaran termurah dan terbesar di dunia ini. China adalah Negara yang menjanjikan seribu ppeluang keemasan. Namun Negara tembok besar itu juga penuh dengan cabaran dan tipu daya.
Ramai usahawan jatuh tersungkur kerana hanya melihat kepada peluang tanpa mengambil kira perangkap yang menanti. Penulis berkongsi pengalaman daripada catatan ringkas dengan individu yang sudah lama bergelumang dalam perniagaan memborong di China, Shahabudeen Jalil yang kini menguruskan syarikat mamborong, Anzac Consultancy.
Perkara penting yang ditekankannya ialah bagaimana untuk menembusi pasaran China. Persoalan utama yang berlegar di fikiran ialah apakah China ini sesuai bagi perniagaan anda. Sebab itulah pemborong tempatan mesti melakukan analisis apakah kebaikan, keburukan, kelebihan akan diperoleh tanpa sesekali mengetepikan cabaran dan ancaman yang bakal ditempuhi.
Selepas menyenaraikan semua ini dan membuat analisis, barulah boleh bersedia untuk memasuki Negara ini. Melalui cara itu, pemborong dapat memaksimumkan peluang yang bakal diperoleh ataupun selurang-kurangnya mengurangkan risiko.
Jika sudah menemui apa yang diinginkan, pemborong mesti bijak memikirkan bagaiman urusan mengimport barangan dari China,. Antara sedar atau tidak, dianggarkan 70 hingga 90 peratus barangan di sekeliling kita diperbuat dari China. Daripada sekecil jarum sehinggalah kepada bahan binaan, kebanyakan diimport dari sana.
Kelebihan yang dimiliki China adalah kos buruh yang rendah dan kilang pengeluaran yang berkualiti tiggi. Permintaan tinggi dari seluruh dunia membuatkan kilan di sana beroperasi 24jam sehari untuk mengeluarkan produk dalam kuantiti banyak.
Jika disingkap sejarah ringkas Negara komunis itu, China mula membuka ekonominya kepada dunia luar pahda akhir 70-an dan meningkatkan taraf infrastruktur termasuk lapangan terbang baru, lebuh raya, jambatan, terowong, kereta api dan pelabuhan.
Pembinaan infrastruktur ini adalah untuk melancarkan perkembangan ekonomi yang diramal berkembang pesat. Ramaln manjadi reality dan kini China menjadi gergasi ekonomi dunia yang dicemburui banyak Negara lain.
Semua ini menyumbang kepada pengeluaran produk berkualiti tinggi dengan harga sangat rendah dan menjadi tarikan besar kepada peniaga, umpama semut mencari gula.
Pengimportan barangan dari China kini tidak hanya dimonopoli syarikat besar kerana syarikat kecil sudah mula berani mengorak langkah bijak mengelak daripada berurusan dengan orang tengah atau ejen yang menyebabkan kos barangan ini tinggi di pasaran.
Bagi mengekalkan persekitaran menarik itu, kerajaan China menyediakan pusat borong sistematik di Bandar seperti Guangzhou dan Yiwu yang menyediakan pusat borong khas bagi setiap jenis barangan. Contohnya, pusat borong pakaian, pusat borong kasut, pusat borong barangan elektronik dan pusat borong perabot.
Bagi syarikat kecil yang ketinggalan , mereka tidak akan mampu bersaing harga dengan pesaing di Negara mereka jika tidak mengimport terus dari China. Kelebihan ini wajar diwujudkan sejak awal lagi untuk peniaga kecil yang bercita-cita tinggi.
Peniaga juga perlu mengambil kira semua aspek penting yang perlu diberi perhatian sebelum memulakankan urus niaga di China. Pertamanya, ialah pengalaman kerana bagi mereka yang sudah biasa berurusan dengan syarikat dari Thailand atau Vietnam, sudah pasti mereka mempunyai kelebihan.
Aspek selok-belok berada di luar Negara, sudah tentu member kelebihan kepada mereka yang berpengalaman. Maknanya, mereka juga sudah boleh menduga kesulitan yang bakal dihadapi dari segi pertuturan, pemakanan dan budaya setempat.
Keduanya, ialah pemilik syarikat perniagaan itu sendiri mesti pergi ke sana, dapatkan maklumat sendiri tanpa bergantung pada maklumat lain kerana cara itu akan membuat mereka lebih faham dan tahu apa perlu dilakukan. Mungkin ada yang beranggapan ia mamadai jika menghantar wakil atau pekerja untuk meninjau pasaran di sana, sedangkan ia sebenarnya sangat berbeza.
Ketiga, aspek paling penting ialah mempunyai modal yang mencukupi. Jika barangan yang ingin dibeli terlalu sedikit, ia tidak berbaloi untuk anda membeli-belah di China kerana terdapat kos lain yang perlu diambil kira seperti tiket penerbangan, hotel, makan minum dan pengangkutan.
Semua kos ini menjadi kos barangan sebelum menjual semula kepada pelanggan. Sebab itulah peniaga memerlukan sekurang-kurangnya modal minimum RM5,000 sebagai permulaan memborong di China. Selepas beberapa kali berurusan, wang itu boleh digandakan dengan lebih mudah. Seterusnya, peniaga juga memerlukan perancangan jangka panjang kerana untuk berurusan mengimport barangan dari China, peniaga tidak seharusnya berfikir untuk tempoh masa pendek semata-mata. Sebaliknya, letakkan sasaran seperti lima tahun atau lebih.
Pemborong tidak mungkin akan mendapat pembekal tepat jika pertama kali ke sana kerana selepas beberapa kali, mereka akan mula mahir mengenai pembekal yang baik. Reputasi yang dibina akan menguntungkan mereka.
Aspek lain yang perlu diberi perhatian ialah memahami budaya setempat kerana budaya berbeza memerlukanmenggukan strategi perniagaan berbeza.
Pemborong harus bijak dan cepat menyesuaikan diri dengan budaya setempat tanpa perlu mengorbankan prinsip agama kerana di China, mereka juga memahami aspek agama dan budaya kita. Namun dari aspek lain, mereka kelihatan lebih agresif dan materialistik berbanding kita.
Bak kata Shahabudeen Jalil di hujung perbualannya, China bukannya tempat untuk usahawan yang cepat berputus asa. Walaupun pemborong tempatan pernah mendengar kes kegagalan usahawan di sana , pastinya mereka yang mendengar kes usahawan yang Berjaya selepas berurusan di sana. Singkap rahsia kejayaan mereka kerana mereka juga bermula dari bawah.
INFO:
Kaedah memborong di China
1) Mendapat ilmu betul mengenai China
- Dapatkan maklumat daripada sumber betul.
- Maklumat mendakwa kegiatan memborong di sana dilindungi gangster adalah taktik menakutkan usahawan.
- Jangan percaya kepada individu.
2) Belajar dalam lawatan
- Belajar dari oeang berpengalaman dan berjaya.
- Berkongsi pengalaman dengan mereka adalah jalan singkat menimba ilmu dan untuk berjaya
3) Menyesuaikan diri dengan budaya perniagaan di China
- Peniaga di sana agresif dan tidak sesekali termakan taktik merajuk.
- Biasanya mereka akan bertanya berapa kuantiti yang kita perlukan.
4) Senyum dan berjenaka
- Masyarakt di sana menyukai orang asing yang senyum dan berjenaka dengan hormat.
- Jika reputasi ini dibina, kaedah anda membuat perniagaan menjadi lebih mudah.
- Rakyat Malaysia mempunyai kelebihan besar kerana kita dihormati dan dipandang tinggi di sana.
- Bersifat pemurah, misalnya sedekahkan wang RM1 kepada anak penniaga di sana.
- Bermodalkan RM1 tadi, mungkin akan dapat potongan beberapa ratus yuan dalam pembelian.
- Wang umpama Tuhan bagi peniaga di sana dan sangat menghargai imej Yang di Pertuan Agong memakai tengkolok.
Sumber : Berita Harian 30hb Januari 2012

{ 3 comments… read them below or add one }
Visit here… nice infoo..:)
happy blogging
sukar nak cari pemborong kain tudung dimalaysia,klu ada harga terlalu mahal,so saya bercita2 ingin sendiri ke cina.
saya mau cari ajen borong ke china…. saya nak cri barang2 h/p untuk bisnes….mana2 ajen yg brpangalmn dlm bendani tlong email ya…..