Sewaktu saya memulakan Kursus Memborong ke China pada tahun 2007, belum ada sesiapa yang memulakannya. Kira-kira setahun saya tidak mempunyai sebarang pesaing. Ramai peniaga-peniaga berbangsa Cina yang turut turut serta dalam kursus dan rombongan ini.
Ramai pula peniaga Cina yang sudah lama dalam perniagaan yang marah dan tidak berpuashati kononnya dengan saya buka peluang sebegini perniagaan mereka akan hancur. Jawapan saya pada mereka adalah mudah, jika bukan saya, pasti ada seseorang akan memulakannya. Namun ugutan dan kaedah menakut-nakutkan ini hanya membuatkan saya lebih cekal untuk meneruskan usaha. Setakat ini alhamdulillah sudah beribu orang menyertai kursus dan rombongan memborong ke China.
Ada antara pelajar saya yang mengambil jalan mudah dengan mengadakan pula kursus mereka sendiri menggunakan modul saya. Bagi mereka, ini kaedah mudah untuk mereka buat duit dengan hanya sekali pergi ke China. Namun tidak ramai antara mereka yang mampu bertahan lama.
Ada pula pelanggan yang menghubungi saya mendakwa mereka ditipu oleh penganjur kursus yang menjual nama saya. Saya terpaksa nyatakan hanya kursus yang ditawarkan oleh saya dalam website saya adalah daripada saya. Selain itu, saya tidak bertanggungjawab.
Dalam artikel ini saya inginbercerita mengenai tips survival yang kononnya membantu usahawan mengenali China dengan lebih mendalam.
Dalam tips survival ini peserta akan dibawa menaiki LRT di China. Kami tidak menggunakan LRT sewaktu di China.
LRT bukanlah satu kaedah yang baik untuk anda bergerak dari satu tempat ke satu tempat sewaktu di China atas sebab-sebab berikut
1. Sebab paling utama ialah, jika anda menggunakan LRT untuk bergerak sebagai pemborong. Selain anda terpaksa berjalan banyak, bagaimana pula anda ingin mengangkut barangan yang diborong? Sebagai manusia biasa yang mempunyai 2 tangan , anda tentu tahu berapa banyak barang yang boleh anda angkut dengan 2 tangan ini.
Saya akan berikan penyelesaian permasalah ini selepas ini.
2. Di Guangzhou yang mempunyai kepadatan penduduk antara yang tertinggi di dunia. Stesyen LRT di sini tidak seperti di Kuala Lumpur dimana keadaan disini jauh lebih sesak. Ramai antara peserta yang pergi semula ke China dan menggunakan LRT untuk menjimatkan beberapa yuan, berkesudahan hanya dengan kehilangan dompet dan passport. Anda terpaksa mundar mandir melihat peta LRT dan beratur panjang yang tentu membuang masa anda yang sepatunya digunakan untuk memborong dan mengkaji produk yang ingin diborong.
Sebagai orang yang jelas nampak sebagai orang asing, penjenayah tentu akan meletakkan sasaran mereka terhadap anda.
Mereka syarikat yang mencadangan anda cadangan menaiki LRT ini adalah kerana mereka tidak mempunyai lesen untuk menyewa bas di sana.
Kami di Anzac Consultancy menggunakan bas sepanjang tempoh rombongan di China dan kami juga akan menasihatkan anda untuk menggunakan teksi dan van borong yang ada untuk anda bergerak pada kali seterusnya anda di China
Berikut adalah kaedah pengangkutan yang wajar anda gunakan selain daripada LRT yang ternyata bahaya buat anda
1. Teksi – untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat Teksi adalah perkhidmatan yang terbaik. Setiap teksi mempunyai meter dan sehingga kini saya belum pernah mengalami masalah dengan teksi. Ada satu dua peristiwa seperti menerima duit palsu 5 yuan pada tahun 2005 dan ada teksi yang mengikut jalan jauh. Namun ini isu kecil dan terpencil, anda boleh mengabaikannya. Kami akan mnegajarkan anda lebih lanjut mengelakkan penipuan ini secara pasti sewaktu dalam Kursus Memborong di China nanti.
2. Van Borong – Jika barangan yang diborong tidak muat untuk diangkut menggunakan teksi anda boleh menggunakan Van Borong. Di luar setiap plaza-plaza borong terdapat perkhidmatan van borong yang berderet-deret menanti pelanggan. Walaupun tidak mempunyai meter, anda boleh tawar menawar dengan mereka. Jika merasa mahal anda dengan mudah boleh berkata tidak dan beralih kepada van borong yang seterusnya. Tidak seperti di negara Arab, pemandu van di sini tidak akan mengubah harga sewenang-wenangnya selepas mereka menawarkannya.
Dua kaedah ini adalah untuk membawa barangan yang anda borong terus ke hotel anda. Kaedah-kaedah ini lebih praktikal untuk anda sebagai pemborong.
Terdapat satu lagi kaedah yang saya tidak mampu untuk ceritakan di dalam artikel ini yang anda pasti perlu gunakan apabila barang yang anda borong itu berat dan dengan kaedah ini anda tidak perlu untuk membawa barangan ini ke hotel tetapi terus dihantar ke gudang. Kaedah ini saya akan terangkan secara terperinci sewaktu saya bertemu anda dalam Kursus seterusnya nanti.
Saya tidak kesal ada antara pelajar saya yang meniru mengadakan Kursus Memborong ke China kerana ini adalah pasaran bebas dan saya hanya mengadakan kursus ini sebagai sesuatu yang saya minat serta sebagai pendapatan sampingan. Namun saya kecewa apabila ilmu yang diajar itu menyimpang daripada teknik yang betul dan mendedahkan peserta kepada risiko yang tidak perlu.
Lagi pula teknik yang diajar tidak boleh digunakan untuk tempoh jangka panjang untuk anda sebagai pemborong yang saya kasihi.
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil
{ 2 comments… read them below or add one }
Tuan membantu para usahawan Malaysia mendapatkan barangan borong dengan mudah dan selamat. Semoga usaha Tuan ini diberi ganjaran rezeki yang melimpah-ruah dari yang Esa. Saya yakin para pesaing yang mula tumbuh ini akan membuatkan Tuan lebih kuat berusaha memberi yang terbaik kepada pelanggan.
bile nak buat lagi kurusus ?