Memborong dan Mengimport Kain Ela / Kain Pasang di Guangzhou, China

Sepanjang 5 tahun saya membawa usahawan ke negara China untuk memborong, antara produk yang paling menghairahkan bagi wanita adalah kain pasang atau kain ela. Malah pemborong-pemborong di China sendiri sudah mengetahui hal ini.

Kain-kain ela ini akan dibeli untuk dibuat baju kurung, baju kebaya dan blouse.

Menurut usahawan yang membeli kain ela di sini, mereka dapati harga yang ditawarkan di sini adalah 3-4 kali ganda lebih murah daripada harga yang didapati di sana. Contohnya kain 4 ela di sini yang berkualiti tinggi berharga sekitar RM 55-60 dan boleh dijual di Malaysia dengan harga RM 180.

Kain sutera China adalah menjadi pilihan utama usahawan yang memborong di negara China.

Selain itu, pemilihan corak juga sangat penting. Jika kainnya berkualiti tinggi tetapi coraknya tidak menepati citarasa masyarakat Malaysia, maka tidak ada pelanggan yang akan membelinya.

Pemilihan corak ini pula berbeza mengikut umur, saiz badan, ketinggian, warna kulit dan status samada anak dara atau sudah berkahwin. Pelbagai aspek yang perlu dititikberatkan untuk pemilihan kain yang sesuai.

Bagi seorang lelaki seperti saya, tentu ini satu perkara yang memeningkan namun bagi wanita mereka bahagia menghabiskan berjam-jam memilih kain ela / pasang di kedai borong di Guangzhou ini.

Kepada yang berminat untuk memborong kain ela dan kain pasang dari negara China silalah melawat website kami di www.kursusborongchina.com atau hubungi kami di 017-2517515. Kami menyediakan perkhidmatan kursus, rombongan ke China serta menguruskan penghantaran balik barangan dari China ke Malaysia.

Sekian, terima kasih

Shahabudeen Jalil

{ 1 trackback }

{ 7 comments… read them below or add one }

Nooraini Md.Isa July 7, 2012 at 2:07 pm

Saya berminat untuk ikuti kursus borong kain ela di China, bilakah tarikh kursus yang terdekat akan diadakan?

Reply

sharah August 25, 2012 at 7:28 pm

Salam… saya berminat untuk mengikuti trip ke vietnam. ada tak??

Reply

Farah October 7, 2012 at 10:15 pm

Assalamualaikum,

Saya sangat teruja utk mengikuti program memborong ke China ni. Jujurnya, saya tkde bisnes pn.. Cuma berminat utk meninjau peluang perniagaan yg patut.. Thanks!

Reply

marina October 20, 2012 at 7:59 pm

Salam,

Boleh saya tahu bila next trip ke China ye?

Reply

Shahabudeen October 29, 2012 at 2:38 pm

Salam,

puan boleh rujuk tarikh terkini rombongan dan kursus di website ini.

terima kasih

SJ

Reply

marina October 20, 2012 at 8:00 pm

Salam,

Anggaran kos ke China berapa ye utk seorg?

Reply

ina April 2, 2013 at 10:58 pm

borong china utk import kain bila tarikh akn dtg

Reply

Leave a Comment