Masjid Huaisheng, Guangzhou

 

Masjid Huaisheng yang dibina pada tahun 627, iaitu pada zaman Dinasti Tang merupakan salah sebuah masjid yang awal dibina setelah agama Islam tersebar di tanah besar China.

“Huaisheng” bermaksud peringatan Nabi dalam bahasa Mandarin. Nama ini diberikan sebagai memperingati pengasas ajaran Islam, Nabi Muhammad.

Masjid ini mempunyai keluasan kira-kira 3,200 meter persegi. Seni bina bangunan masjid ini menggabungkan unsur klasik China dan ciri-ciri Arab. Ketika memasuki pintu masjid ini, terdapat bangunan bernama Bangunan Menikmati Bulan. Walaupun bangunan yang dibina semula pada tahun 1695 ini tidak berapa besar, tetapi ia kelihatan begitu cantik jika dilihat dari jauh. Dua serambi yang panjang terletak di kedua-dua belah Bangunan Menikmati Bulan. Di dalamnya terdapat kira-kira 10 buah batu bersurat yang mencatatkan sejarah Masjid Huaisheng.

Berhampiran dengan dewan sembahyang yang menghadap ke arah tanah suci Mekah ialah bilik simpanan kitab. Ia disediakan untuk menyimpan pelbagai salinan Al-Quran.

Selain itu, terdapat sebuah Menara Bercahaya setinggi 36.3 meter berdiri tegak di bahagian barat daya halaman masjid tersebut. Badan menara ini berbentuk bulat bujur manakala bahagian atasnya tajam. Sehubungan dengan itu, Masjid Huaisheng juga dipanggil masjid Guangta oleh penduduk tempatan.

Pejabat-pejabat Persatuan Islam Guangzhou juga terletak dalam masjid tersebut.

Alamat: No.56, Jalan Guangta, Daerah Yuexiu, Guangzhou

Tel: +86-20-83333593

Panduan perjalanan ke Masjid Huaisheng, Guangzhou:

Subway Line 1 (Stesen Ximenkou)

Bus No.58、56、233、286、250、102 (Stesen Jalan Guangta atau Jalan Chaotian)

Peta Masjid Huaisheng

{ 2 comments… read them below or add one }

Mohd najib bin latip January 9, 2013 at 9:01 pm

salamualaikum..i.m mohamad najib from melaka malaysia. I want to china and visit huaisheng mosque. Can u give me letter invitation to my our minister.u write the letter for attention yab.dato seri Ali bin rustam..to invite ustaz mohamad
d najib bin latip to our huaisheng mosque and other mosque and islamic school in china. I want letter invite from u to me..if i hv the letter..i cant going to your country for siraturahim.i hope u cant email to me as soon a posibble. I want going to your country on tomorrow 10.02.2013.i hope u cant help me.t.q.wasalam

Reply

Shahabudeen January 10, 2013 at 2:12 am

salam,

tuan boleh berbahasa Melayu sahaja. Sila hubungi kami di talian 017-2517515

terima kasih

SJ

Reply

Leave a Comment