Masjid Haopan, Guangzhou

Pada zaman dahulu telah menjadi kelaziman bagi etnik Hui di China bersolat di tempat berasingan dengan umat Islam etnik yang lain. Pada masa itu, beberapa buah masjid dibina untuk memenuhi keperluan tersebut. Masjid Haopan yang dibina pada zaman Dinasti Ming (iaitu pada tahun 1465) merupakan salah satu daripadanya.

Masjid Haopan ini dibina semula pada tahun 1706 semasa zaman Dinasti Qing. Luasnya mencapai 1491 meter persegi.

Menurut catatan sejarah, para sarjana Islam tempatan pernah menubuhkan kolej dalam masjid ini.

Sekolah bahasa Arab telah ditubuhkan pada September, 1998.

Alamat: No.378, Haopanjie, Jalan Renminzhonglu, Daerah Yuexiu, Guangzhou

Tel: +86-20-81091123

Panduan perjalanan ke Masjid Haopan, Guangzhou:

Bus No.58、56、233、286、250、102 (Stesen Dadelu atau Daxinxi)

Leave a Comment