Buat permulaan, anda perlu mengikuti kaedah berikut.
1. Mendapatkan Ilmu Yang Betul Mengenai China
Untuk berjaya anda perlukan ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu tak mungkin anda boleh berjaya dalam mana-mana bidang. Anda perlu menjadi seperti kapas yang boleh menyerap air sebanyak mungkin.
Namun dalam masa yang sama, anda perlu mendapat ilmu daripada sumber yang betul. Jika anda dapat ilmu daripada sumber yang salah, anda akan menjadi lebih gagal.
Saya pernah mendengar kisah orang yang membawa usahawan ke China membuat pelbagai cerita seperti pemborongan di sana dilindungi gangster. Semua ini adalah taktik untuk menakutkan usahawan. Orang sebegini tidak sepatutnya kita jadikan sumber maklumat kita.
Jangan percaya jika ada individu yang mengatakan mereka adalah guru pemborongan dari China. China terlalu besar untuk satu-satu individu menguasai segalanya di sana.
Kami di Kursus Borong China adalah hanya panduan anda, kami bukan guru.
2. Belajar Dalam Lawatan
Sewaktu beberapa kali terawal anda melawat China, pastikan anda tengok dan belajar daripada orang yang berjaya dan mempunyai pengalaman di sana sebelum ini. Belajar daripada orang berpengalaman adalah seperti anda berdiri di atas bahu gergasi yang besar. Anda akan menjimatkan masa, wang dan tenaga dalam proses ini.
Jika anda memilih untuk melalui kegagalan, anda mungkin berasa puas namun kekadang anda akan menjadi serik dan kecewa juga. Anda juga akan membuang masa, wang dan tenaga dalam melalui proses ini. Jadi kenapa ingin ambil jalan susah ? Gunakan mereka yang berpengalaman ini untuk anda mengambil jalan singkat untuk berjaya.
3. Menyesuaikan diri dengan budaya perniagaan di China
Pada mulanya, anda mungkin merasakan semuanya agak asing bagi anda. Bahasa Inggeri mereka agak teruk sebutannya, orangnya agresif dan sangat berkira.
Jika ke kedai borong, kita tanya harga, kita akan ditanya semula “berapa kuantiti barang yang kita perlukan ?”. Mereka tidak akan pujuk rayu jika anda menggunakan taktik merajuk.
Semua ini berlainan daripada budaya perniagaan di Malaysia. Budaya perniagaan seperti ini terbukti berjaya apabila China dapat mengeluarkan masyarakatnya daripada miskin menjadi kaya raya seperti yang anda akan lihat nanti.
4. Senyum dan Berjenaka
Orang yang sentiasa berjenaka dan senyum selamat di mana-mana. Namun anda tidak perlu melalukannya lebih daripada keperluan. Nanti anda dianggap tidak siuman.
Di China, mereka menyukai orang asing yang senyum dan berjenaka dengan hormat. Jika reputasi ini sudah dibina, kaedah anda membuat perniagaan akan menjadi lebih mudah.
Kita sebagai orang Malaysia mempunyai kelebihan yang besar sebenarnya. Mereka hormat dan pandang tinggi kepada kita. Mereka tahu orang Malaysia baik-baik dan lemah lembut. Gunakan kelebihan ini untuk membina reputasi.
Antara taktik yang biasa saya gunakan, saya akan bawa wang RM 1 dalam kuantiti yang banyak. Jika saya jumpa supplier yang bagus, saya akan hadiahkan anak kecilnya wang ini. Wang adalah seumpama Tuhan bagi mereka, mereka juga suka melihat wang kita dengan imej Agung bertenggolok. Mereka akan sangat menghargainya.
Dengan RM 1 yang anda berikan, anda mungkin akan dapat potongan beberapa ratus yuan dalam pembelian anda.
Tidakkah ini satu pelaburan yang baik. Anda juga boleh gunakan barangan lain seperti keychain atau poskad dan sebagainya .
Perkara Ringkas yang anda boleh buat sekarang
1. Baca
Saya telah memuatkan banyak bahan bacaaan dalam website Kursus Borong China ini, anda mungkin perlu luangkan masa untuk membaca semua tips ini satu persatu.
Jangan beli sebarang ebook mengenai import barang dari china kerana saya sudah membelinya dan ia hanya akan merugikan anda. Di dalamnya hanya banyak diterangkan mengenai pembelian online melalui website DHGate dan China Vasion. Membeli di website sebegini adalah bukan kaedah memborong yang sebenar. Anda harus elakkan ebook-ebook seperti ini. Mereka hanya memandu anda ke arah yang salah.
2. Tonton
Anda perlu tonton video-video yang ada di dalam website ini. Antara yang wajib ialah :
- Majalah 3
- Nasi Lemak Kopi O
3. Hadiri Kursus Memborong ke China
Kursus yang kami adakan sebulan sekali ini, akan menerangkan secara terperinci teori mengenai pemborongan di china, perkara-perkara yang perlu anda buat dan elakkan, kaedah penghantaran barangan melalui laut dan tips-tips perniagaan memborong
Selain itu, anda juga akan berkenalan dengan usahawan-usahawan lain di sana nanti. Dengan membuat rangkaian sesama usahawan yang ingin memborong ini, anda akan membentuk satu ikatan yang kuat.
Tidakkah kita dinasihatkan oleh Nabi Muhammad S.A.W
“Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala kepada manusia, samalah seperti serigala kepada kambing, ia akan memakan kambing yang jauh terpencil daripada kumpulannya, maka berhati-hatilah kamu dan hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan jemaah dan orang ramai”.(Hadis riwayat Ahmad)
Shahabudeen Jalil
{ 1 comment… read it below or add one }
salam
saya memang berminat
kursus ini
saya ada pelangan setia dhgate n ali baba, saya akan membeli dengan kuantiti yang banyak, adakah cara saya salah