Kehebatan pembangunan ekonomi China bukan lagi satu rahsia atau berita. Sewaktu anda menyusuri bandar di China, anda akan melihat begitu banyak kereta mewah di jalan raya, pembangunan di semua tempat dan di celah-celah bangunan pencakar langit yang lebih hebat daripada negara-negara maju Eropah dan Amerika Syarikat.
Jika bergerak dari satu bandar ke bandar lain, kita dapat lihat lebuh raya 4 laluan yang bersih dan lurus tanpa sebarang lopak. Keretapi di negara ini juga sudah mencapai kelajuan 500 km/j. Ini samalah seperti perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Star dalam masa sejam sahaja.
Tidak hairanlah penganalisis ekonomi meramalkan negara yang mempunyai paling banyak penduduk di dunia ini akan menjadi kuasa terbesar ekonomi dunia sebelum tahun 2015.
Jika anda seorang usahawan tentu anda tidak mahu ketinggalan dan melepaskan meluang meneroka pasaran termurah dan terbesar di dunia ini. China adalah negara yang menjanjikan seribu peluang keemasan. Namun China juga penuh dengan cabaran dan tipu daya. Ramai usahawan jatuh tersungkur kerana hanya melihat kepada peluang tanpa mengambilkira perangkap yang menanti.
Anda tentu pernah mendengar pelbagai cerita mengenai tipu daya yang terdapat di negara ini. Ada antaranya yang betul dan ada pula hanyalah rekaan semata-mata. Namun apa yang pasti, kita perlu belajar dan berhati-hati dengan perangkap ini.
Maka China boleh menjadi sebuah negara yang akan menjadikan perniagaan anda kaya dengan merebut peluang keemasan yang ada dan dalam masa yang sama boleh menjadikan anda jatuh tersungkur. Memulakan urusan perniagaan di China memerlukan anda untuk sentiasa berhati-hati dalam menjalankan setiap urusan
Memikirkan Untuk Memasuki Pasaran China
Anda mungkin tertanya-tanya, apakah China ini sesuai bagi perniagaan anda? Seperti juga tindakan yang lain, kita tentu perlu melakukan analisis terlebih dahulu. Analisi berkenaan kebaikan, keburukan, kelebihan yang kita bakal dapat dan ancaman.
Selepas menyenaraikan semua ini dan membuat analisa, barulah anda bersedia untuk memasuki negara ini. Dengan cara ini anda dapat memaksimakan peluang yang anda bakal perolehi ataupun sekurang-kurangnya mengurangkan risiko ancaman yang dihadapi.
Mengimport Barangan Dari China
Peniaga dan Usahawan dari seluruh dunia kini bertumpu ke China untuk memborong barang-barang perniagaan mereka. Sedar tidak sedar, 70-90 % barang disekeliling anda diperbuat dari negara China. Daripada sekecil-kecil jarum sehinggalah bahan binaan, kebanyakkannya diimport dari sini.
Kelebihan yang dimiliki China adalah kos buruh yang rendah dan kilang pengeluaran berkualiti tinggi. Permintaan yang tinggi dari seluruh dunia pula membuatkan kilang-kilang bekerja siang dan malam mengeluarkan produk dengan efisien.
Kerajaan China yang membuka ekonominya pada akhir tahun 70-an telah bertindak bijak dengan melaburkan wang yang banyak membina infrastruktur.Antaranya adalah Lapangan terbang baru, lebuh raya, jambatan, terowong, keretapi dan pelabuhan.
Pembinaan infrastruktur ini adalah untuk melancarkan perkembangan ekonomi yang diramal berkembang pesat. Ramalan menjadi realiti dan China menjadi gergasi ekonomi seperti yang kita semua ketahui.
Semua ini menyumbang kepada pengeluaran produk berkualiti tinggi dengan harga yang sangat rendah.Satu tarikan yang besar bagi mana-mana peniaga seperti mana semut yang mencari gula.
Ini samalah seperti jika anda ingin mencetak t-shirt. Jika pesanan yang diperolehi adalah 10 helai, kos purata sepasang t-shirt akan menjadi tinggi. Namun jika pengeluarannya adalah 1000 helai. Kos purata bagi satu t-shirt akan menjadi rendah. Jadi ini membeli kelebihan yang besar kepada pengeluar dan juga pembeli yang dapat membeli dengan harga yang murah.
Pengimportan barangan dari China kini tidak hanya dikuasai oleh syarikat-syarikat besar seperti sebelum ini.Syarikat-syarikat juga ikut serta untuk bersama. Mereka juga cuba untuk mengelakkan daripada berurusan dengan orang tengah atau ejen pembelian yang menjadikan kos barangan ini tinggi di pasaran.
Untuk ini pula kerajaan China menyediakan pusat-pusat borong yang sistematik di bandar seperti Guangzhou dan Yiwu. Pusat-pusat borong ini terdiri daripada pusat borong khas untuk setiap jenis barangan. Terdapat pusat borong pakaian, pusat borong kasut, pusat borong barangan elektronik, pusat borong perabot dan pelbagai pusat borong lain yang dikhaskan untuk satu kategori barangan tertentu sahaja.
Bagi syarikat kecil yang ketinggalan, mereka tidak akan mampu lagi bersaing harga dengan pesaing di negara mereka jika tidak mengimport terus dari China. Kelebihan ini wajar diwujudka sejak dari awal lagi bagi peniaga kecil yang bercita-cita tinggi.
Perkara Yang Perlu Diberi perhatian
1. Pengalaman
Jika anda mempunyai pengalaman berurusan dengan syarikat dari negara lain seperti Thailand atau Vietnam anda mempunyai kelebihan di sini. Anda tentu sudah mengetahui selok belok sewaktu berada di luar negara. Anda juga tahu kesulitan yang akan dihadapi dari segi bahasa pertuturan, pemakanan, pengangkutan dan budaya setempat. Anda perlu bersedia untuk menghadapi cabaran jika anda belum mempunyai pengalaman seperti ini.
2. Pemilik Syarikat Perlu Pergi
Kaedah yang terbaik untuk pertama sekali meneroka ke negara China adalah apabila pemilik syarikat sendiri yang terbang ke China untuk melihat sendiri keadaan di sana. Anda tidak mungkin dapat menghantar pekerja anda untuk anda memahami keadaan dan budaya kerja di sana. Walaupun anda sibuk, anda perlu laburkan sedikit masa untuk membuat pemerhatian penting ini.
3. Modal Permulaan Yang Cukup
Jika barangan yang anda ingin beli adalah terlalu sedikit, mungkin tidak berbaloi untuk anda membeli dari China kerana terdapat kos-kos lain seperti tiket penerbangan, hotel, makan minum dan pengangkutan yang perlu anda tanggung. Semua kos ini akan menjadi kos barangan sebelum anda jual kepada pelangan.Oleh yang demikian, anda perlukan modal sekurang-kurangnya dalam RM 5000 untuk permulaan untuk mula memborong dari China. Selepas beberapa kali berurusan, anda sudah boleh mengandakan wang anda dengan mudah.
4. Perancangan Jangka Masa Panjang.
Untuk mengimport barangan terus dari China, anda tidak seharusnya berfikir untuk tempoh masa pendek semata-mata. Anda perlu pandang lebih jauh. Letakkan sasaran seperti 5 tahun atau lebih. Anda tidak mungkin akan mendapat pembekal yang tepat untuk kali yang pertama anda ke sana. Selepas beberapa kali, anda akan mula mahir mengenai pembekal yang bagus. Reputasi yang dibina akan menguntungkan anda.
5. Memahami Budaya Setempat
Budaya berlainan menjalankan perniagaan dengan berlainan. Jika anda sukar untuk menerima budaya di negara lain, mungkin perjalanan anda dalam perniagaan ini agak sukar. Anda perlu memilih untuk menyesuaikan diri dengan budaya setempat. Namun anda tidak perlu mengorbankan prinsip agama untuk ini. Di China mereka juga memahami dari aspek agama dan budaya kita. Namun dari segi lain, mungkin mereka kelihatan lebih agresif dan materialistik berbanding kita.
Persediaan Untuk Memborong dengan Berjaya
Jika anda pernah mendengar banyak kisah penipuan dan kegagalan usahawan di China. Anda sudah pasti juga pernah mendengar kejayaan usahawan-usahawan yang berjaya di China. Bagaimana mereka melakukannya ? Apakah rahsia kejayaan mereka. Mereka melalui apa yang anda sedang dan bakal lalui juga, namun mereka tekad untuk meneruskan usaha. China bukan tempat untuk usahawan yang cepat putus asa.
{ 1 trackback }
{ 28 comments… read them below or add one }
saya berminat untuk mernyertai memborong ke China,. Ini adalah kali pertama saya nak kesana.
Saya berminat utk menyertai program ini. Tapi nak tanya kalau ada kawan-kawan yg berminat….
TQ utk info ini…unt pengetahuan saudara Shahabudeen saya sangat berminat mengikuti program ini..tetapi buat masa ni sya bertugas sebagai Tentera. 3 thn lgi akan pencen..so saya akan mengikuti program ini selepas pencen. Apa pendapat saudara Shah?TQ
saya berminat pendapat tuan,dalam 2bulan ini syarikat saya berkerja akan mengeluarkan vss utk perkerja termasuk saya oleh itu saya tidak tahu apa perniagaan yg perlu niaga dan berapa kos perlu keluar ,saya berminat berniaga.saya ingin bertanya pendapat tuan? terima kasih
boleh tuan, sila email saya di sj@sj.my
saya akan cuba yang terbaik untuk membantu tuan.
terima kasih
SJ
saya seorang anggota polis,,bolehkah saya mengikuti kursus borong china dan mengikuti rombongan ke china?pls. tq
saya akan bersara November nanti & telah buat tempahan tiket AA pada 15/11/2012-20/11/2012. Bolehkah saya join grup tuan semasa disana nanti. Saya cuba mencari pembekal alatganti pendingin udara
assalamualaikum .. terima kasih atas info berguna ini …
Assalamualaikum…saya berminat untuk menyertai memborong di china…ape step yg saye perlu ambil untuk tindakan seterusnya…tq
salam, tuan boleh memulakannya dengan menyertai kursus kami. sila hubungi 017-2517515. Terima kasih
saya berminat cuma nak tanya berkenaan modal permulaan yg biasa kita gunakan? TQ
saya mahu mencuba..boleh bg tips..
salam,
saya berminat utk mengikuti kursus yg diadakan. Memandangkan tarikh yg dipaparkan telah pun lepas, bilakah tarikh lain kursus akan diadakan? Ada perancangankah utk mengadakan kursus di utara semenanjung? T.kasih.
Tanpa hadiri kursus boleh ke saya memulakan perniagaan ini.T.kasih
Askum! Sayapun nak tanye tanpa hadiri kursus bolehkah saya memulakan perniagaan ini? Keadaan saya sekarang bertetap di Eropah. Trime kasih.
Salam… saya ingin mngetahui tarikh bru kursus ini slepas hari raya nanti, minta dpt email saya scepat mngkin… tq
salam..bilaka kursus yg akan d buat di sabah terutama di kota kinabalu..saya x akan lepaskan peluang mnghadiri kursus ini…
tanpa mengikuti kursus blh ka sy meyertai rombonan ini
Assalam. Bolehkah saya menyertai kursus ini jika saya bukan dari golongan peniaga? Saya berminat utk menyertai kursus ini dan InsyaAllah akan membuka perniagaan selepas menyertainya.
boleh insya-Allah
Salam..sya berimpian nk buka perniagaan aksesori perkahwinan spt gift, beg kertas, bunga2 tiruan, bunga telur dll. Adakah brg2 tersebut dijual di china n termasuk dlm rombongan tuan?
sy sangat berminat dengan kursus ini,bole kha sya menyertai kursus ini???
bolehhhh
Saya dari Brunei Darussalam.apakah saya boleh menyertai kursus ini kerana saya sangat berminat…
Boleh sangat
sy berhasrat utk mnjlnkan bisnes mnjual pakaian bayi dan berminat utk memborongnya dichina…brpkah modal yg diperlukan?dan mcmnn utk mnyertainya….tq
Saya dah lama berminat untuk berniaga sendiri tapi tak tahu dimana harus saya mulakan dulu,ada tak kursus yg anjurkan di kawasan johor bahru.
Hong Kong Post Airmail atau China post , mane yagn terbaek , email kan kat saya yer thx